05 April 2011

Masa Begitu Mencemburuiku

Salam semua,

Mahap la yer aku takde nyempat lagi nak hapdet betul blog since last 2 weeks. Fuhh, banyak betul entry yang bersusun-susun nie sebagai draft aje la. Ada yang aku dah taip tapi blom nyempat nak habeskan.

Insya Allah dalam 2 -3 hari lagi la kot aku cuba untuk hapdet sekurang-kurangnya 2 entry dulu. Sebenarnya sangat banyak cerita yang aku tringin a.k.a nak kongsi dengan hangpa semua. Huhuhu....tapi kerja sangat banyak nie.

So...daaa dulu...nanti kita sambung yee......Muahs!

Love Lady Wanie

25 March 2011

Tanpamu Aku Tak Bisa Berjalan

Tajuk blog memang mngancam amat kan? Tapi sebenarnya aku nak ceritakan pasal kereta ku saje. Huhu....... Masa menaip nie,aku dok nunggu keteku diservis untuk tambahannya. Sehari dua sebelum aku dah servis, rupanya back absorber dh leaking. Huhu .... Bajet lagi.

So untuk bulan ni aje, teman rapat ku nie dah spent RM400 tapi aku takde bli pape untuk diri sendiri. Sangat sedey. Memandangkan dialah peneman aku hari2.. Aku redha dengan semua nie.

Love Lady Wanie

22 March 2011

Sambungan Entri : Jualan

Berbalik kepada entri saya sebelum ini berkenaan website kawan-kawan saya. Disini saya letakkan pitcha yang mana produknya ada dijual di blog mereka. Kawan-kawan saya ni merupakan student Master di sebuah Uni. Mana tahu korang berminat kan? Ayuh lah melawati blog mereka untuk penambahan koleksi kita.


Nie antara kain pasang yang menarik...mungkin boleh dibeli untuk dihadiahkan atau dipakai pada hari raya tahun ini...

Banyak jenis kain yang ditawarkan di blog tersebut, cuma tepuk dada tanya selera saja!

Mungkin nak dihadiahkan kepada ahli keluarga....

Dipakai semasa majlis pertunangan pon menarik...takpon nak menghadiri majlis kenduri. Amacam?

Tengok karipap mini...menarik kan? Inti ikan bilis nih. Nak order? Orderlah melalu blog mereka.

Nak makan kuih siput? Tapi malas kan nak buat...apalagi cepat laaa order through their blog. Insya Allah sedap!


Bukan setakat kain dan makanan tau...brooch pon ada!
Kan nak padankan dengan kain pasang yang korang beli. So jangan lupa ye untuk membeli!
 Oleh itu, jika anda berminat, jangan lupa melewati blog ini;

P/S : Saya tak dapat pape yer...cuma membantu kengkawan menjalankan pernigaan mereka. Insya Allah support lah perniagaan mereka.

Love Lady Wanie

Dedicate entry for Someone

With My Dear frenz, Pija yang akan melangsungkan perkahwinan in this coming June!

Yes, we are in a different size but have the same interest and personality!

Ni hakikat yer...kami SANGAT ROMANTIS orangnya bila jalan berdua-duaan. Sejak kami bertemu bersama.

Bersama rakan yang lain, singgah kejap di Colmar Bukit Tinggi selepas menghadiri walimahtulurus.

Here she are...my lovely frenz. So much misz u even baru semalam kita berFBing!

So my deary frenz, aku wat this entry specially for u yer. As I promise u. Sedikit maklumat untuk kawan aku nie, actually kami berdua berasal daripada Uni yang sama. Tapi hakikatnya yang sangat nyata ialah kami tidak pernah bersembang atau beramah mesra since Sem 1 sehingga Sem 6. Ya walaupun kebanyakan kelas kami sama dan nombor matriks kami juga berturutan untuk course yang kami amek itu. Sapa yang sombong agaknye ye? Hehe. Umur kami pon sama, as I said before size yang membezakan kami.

Sesungguhnya kuasa Allah itu Maha Besar, on the first day aku lapor diri at somewhere, aku tak kenal sapa-sapa masa tuh, tapi bila seorang budak pompuan nih masok, aku ngan dia teros tegur, macam dah bertahun-tahun kenal (yaps kami kenal cuma sombong aje)..."Heyyy ngkau...!". Poyo kan macam kenal rapat aje. Actually nak menunjuk kat orang lain kot....Hahaha! I have a friend here! Itulah my dearest frenz nie.

Day by day, till now we are still become a realy good friends! So much good. She was been near to me during my "dump" day and oso she's the one yang help me to put away my broke feelings. See...macam mana laa aku shayang dia kan? That time dia ada antar emel...quit special email sebab wat aku realised apa yang patut dan tak patut aku buat...kami berdua nie terpisah dek jarak. Jarang sangat-sangat untuk jumpa.

Dengan dia, banyak mende yang kami berkongsi, saat suka dan duka sejak tahun 2007 lagi. Tambah-tambah ceta pasal kerja...lagi laaa.....Kalau kami berdua nie berjumpa, asyik ngungkit kesah lama aje...Hihi! =) nak wat camne ceta tuh je yang paling tidak basi.

My deary frenz nie dah nak kawen sebenarnya. =) aku sebagai kawan, sangat tidak sabar nak tengok dia mendirikan rumahtangga. Doa aku sentiasa bersama dia. Banyak perkara yang baik ada pada dia, tapi aku tanak ceta la sebab itulah keistimewaan dia dimata aku. =)

Kawan, kau tuh dah nak kawen, jadi rajin-rajinlah memasak ye. Nanti aku berziarah umah ko, jangan lupa ye carbonara dan spaghetti bolognaise...Uwaaa! Nak jugak! Jangan ajak aku ke Pizza pulak....Tak layan ok!

Nur Afeza, just u yang tahu kenapa hubungan kita nie istimewa. So harapnya friendship never end!

Love Lady Wanie



21 March 2011

Jualan Kain

One of my frenz ada buat jualan kain...I think from Indonesia, spesifically Bandung. =)
So anybody yang interested nak mencari kain for hari raya keee...going to dinner ke...majlis kawen kawan ke...are allowed to visit this blog ;


So kawan-kawan semua feel free to visit ya.
Mana tahu korang akan berminat ke...

Kain-kain yang dijual, not bad tauu...and the pricey, quit affordable...
Actually help them yer
Hihi... =) Jangan lupa ek...

Love Lady Wanie

18 March 2011

Harian dan Rutinku

photomap

at last siap jugak ayam masak lemak rice cooker aku! td time nk masak gas abesss....uwaaa! lastly guna laa alternatif lain, seb bek dok tgk depa kt opis msk cmnie.lunch ari ni wpn sederhana tp okla utk aku seorg. jiran aku yg baik ati jugak antar kuih kasui....lg terbaikkkkk!

Depa Memang Hebat

Apa yang menyebabkan aku disuntik dengan kerajinan untuk menghapdet blog? Selama hampir setahun lebih aku mengikuti beberapa blog yang ternama sebelum aku disuntik oleh semangat depa untuk mewujudkan dan berkongsi blog dengan orang ramai. Sebelum-sebelum ini aku hanya rajin membaca dan tidak reti langsung la nak generate the idea...tambah-tambah nak memblog macam depa nie. Nie antara blog yang dalam list inspirasi aku a.k.a memang wajib lah melawat setiap hari (ada lagi beberapa blog tapi itu nanti aku wat dedicate entry lagi =) ) Anyway, thanks to them sebab berjaya inspirasikan ramai orang untuk memblog. (bleh click kat nama depa untuk link terus)


Memula aku tak kenal pon sapa la RedMummy nie a.k.a Kak Red (yang pastinya dia pon xkenal aku =) Hihi). Cuma bila dok blog walking hari-hari, aku terjumpalah blog nie dan akhirnya menjadi blog yang aku wajib melawat hari-hari.

Tapi website Kak Red nie memang bagus lah, dia tak lokek untuk berkongsi idea dan cara bagaimana nak wujudkan blog, nak wat blog kita menarik, dan apa yang boleh atau apa yang tak boleh dibuat dalam blog kita. Memang sangat membantu lah kiranya.

Kalo hangpa rasa hangpa perlukan panduan, bacalah entri2 Kak Red yang mengulas dengan lebih lanjut tentang blog dan terutamanya Nuffnang. Specially bagi blogger2 baru macam aku, macammana nak bersabar dan berusaha untuk buat blog kita menjadi tumpuan umum. Jangan buat menda-menda pelik cukuplah yer. Aku sure kalo hangpa baca blog Kak Red, for sure u will get inspired by her. So cepat pi baca sendiri...takmau ulas lebey2.....


Green Apple a.k.a Kak Di a.k.a Diana nie pon, secara tak sengaja aku terjumpa blog dia. Blog Kak Di cukup simple tapi bahasa dan ayat yang digunakan sangat POWER sehh... I love soooo much! Ayat yang power tuh sangat lawak sampai kekadang tak terjangkau dek minda. Sebab ada-ada je lawak dia.

Ceta-ceta dalam blog Kak Di nie, semuanya perkara yang terjadi dipersekitaran dia. Jarang lah dia merepek-repek sebab apa yang dia ceta memang terjadi in ur real life. Best dowh! Baca blog dia leh wat kita gelak and senyum sorang-sorang. Seyesly hangpa memang kena follow blog dia. Memang menarik.....


Kalo hangpa refer kepada blog kak Hana nie, memang perghhh sesungguhnya air liur anda akan meleleh yer. Sebab apa? Sebab kak Hana nie sangat rajin memasak n oso berbakat dalam bidang photography. See...what a nice combination right?

Basically, blog nie sesuai la untuk dicuba bagi wanita terutamanya yang dah ada family, bahasa mudah ada anak-anak kecil. Resepi yang kak Hana sharekan nie, resepi yang beliau masak untuk 4 orang hero beliau. So kalau hangpa rasa buntu ke blur ke nak masak apa setiap ari...apakata pi la melawat blog kak Hana nie.

Shazwani kalo ikotkan pangkat...adik la kiranya kat aku. Still young and oso chantek. =) Aku suka baca review dia pasal travel, food dan shopping. (see...aku pon obses yang sama tapi suka tengok aje laaa....Hihi!)

Kiranya dia nie beauty with the brain laa...sebab pengolahan ceta nie sangat complete and mantap. Mostly bahasa yang digunakan bahasa English, tadak hal la kan? Nama pon personal blog. Bukan blog kesusasteraan Melayu =)

Mmm...kalo hangpa perlukan any advices dari dia, rasanya dia tak lokek kot, from what I read through her blog. So hangpa melawat2 la blog dia jugak, ok!


Kak Nani a.k.a Nani Rostam, untuk ini aku taktau pangkat mana satu lagi....Hihi! Jangan marah yer. Aku suka baca blog nie sebab isu yang dikupas dalam blognya adalah dari sudut pandangan individu yang matang dan berpengalaman. Kira macam mak-mak laaa....oso dia sangat tidak lokek dengan resepi. Even dia sendiri menjual makanan tersebut, dia sangat tidak kedekut,ok.

Hangpa baca sendiri la blog kak Nani...baca dari mula yer. =)

Mmm...nie dia lima blog dulu aku review, nanti aku akan review kan lagi blog-blog lain yang menjadi rujukan aku...tidak kira la dari apa sudut pon...kalau hangpa rajin hangpa boleh jadi follower depa jugak. Tak rugi rasanya. Bukan kita nak carik pasai...tapi kita cuma nak menimba ilmu dari orang len jugak, for sure kita takkan sesat jalan punya.

Love Lady Wanie



16 March 2011

Bila Hati Berdetik, Dimana Kau Coretkan?

Wah tajuk entri aku kali nie sangat puitis lah pulak. Satu ketika dulu aku penah mewujudkan satu belog yang khasnya untuk menyuarakan kepedihan (mmm..pedih ker?)...opsss tak. Bukan kepedihan tapi luahan hati aku tentang perasaan dan mungkin lebih mendalam, perkara yang melibatkan emosi.

Aku nie sebenarnya seorang yang "akan" menulis apa yang akan rasa pada masa tersebut just untuk mengurangkan tekanan pada masa kejadian. Bukan tabiat nie bermula sejak aku kerja tapi dari zaman kanak-kanak lagi.

Buktinya habis majalah, buku, diari mak pak aku, buku resepi mak pak aku jadi bahan contengan aku. Opss...lupa ade lagi tempat nukilan aku selain dinding, iaitu sofa baru mak aku. Yes! Sofa baru! Aku tulis dengan lipstick mak aku. Kih..Kih...Anak bertuah la katakan.... =)

Aku rasa aku nak kongsi mendalah lain..tapi ntah la termerepek punya la panjang kali nie =)
Korang ada personal diary tak? Aku memang takde sejak menjak aku masuk matriks sehinggalah bekerja. (bekerja nie bukan personal diary tapi monthly planner). Sejak kecik aku main tangkap muat je nak menulih kat mana-mana kertas atau buku yang aku jumpa. Sekali tuh aku menyelongkar buku-buku lama, aku terbaca hasil rungutan aku yang pertama, rasanya time tuh umur 6 tahun kot, aku tulis "Abah, bila abah nak balik? Saya rindu abah. Abah jangan lupa beli coklat.". Saya rasa sebab abah saya pergi kursus rasanya, dan masa tu saya hanya ada mak untuk bergaduh.

So sehingga sekarang, kalau saya berada dalam kekusutan emosi dan kecelaruan perasaan, saya harus luahkan dengan segera. Tidak kira dimana, dalam Facebook secara amnya atau Blog secara khususnya. Sebab apa, dengan cara beginilah emosi dan perasaan yang dilanda ribut tuh dapat dikurangkan. Tahap kepanasan yang melampau sebelum itu, terus dapat disejukkan dengan segera. See, begitu senang tahap kepanasan saya menurun. Itulah setiap orang mempunyai cara berbeza untuk meluahkan pendapat dan rasa.

Semenjak saya bekerja nie, perasaan dan emosi saya sangat suka ditebak. Perasaan marah, suka, tertekan, gembira dan sedih bercampuran sehari-harian. Yer Alhamdulillah saya masih bisa membezakan antara hal personal dan kerjaya.

Tapi bila ada tempat untuk dicoretkan, makin mudah perasaan aku ditenangkan. Yaps, aku suka. Sebab aku tiada alasan untuk bermasam muka dengan persekitaran saya, cakap dengan nada-nada marah ker...Insya Allah, cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. (sebenarnya sambil taip nie aku tengah bersembang dengan seseorang individu yang lebey tua, dia mengadu masalahnnya.so aku jadi kurang fokus sikit untuk entry ini). =(

Kewujudan teknologi2 terkini nie amat membantu bagi individu yang berjenis macam aku a.k.a suka menulis2..merepek2 bagai...merungut...komplen....Hihi! Sebab semua menda takkan disimpan dalam hati lama-lama. Masa aku di"dump" 2 tahun lalu..yer 2 tahun lalu..... Aku ada wujudkan satu blog just untuk suarakan isi hati aku. Sebab masa tuh frust sesangat, tapi aku tanak simpan dalam hati lelama. Jadinya memang sangat berfungsi ruangan seperti blog ini.

Oleh kerana saya tidak mempunyai diari maka dengan rasminya saya menggunakan Blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. So sesapa yang rasa muak, mual, nak muntah dan sebagainya, SILALAH JANGAN BACA. Sebab nie blog sendirian berhad, Hihi! Suka hati I la nak bebel apeee..... =) Jawapan untuk soalan diatas, coretkanlah di FB dan BLOG.

Love Lady Wanie










666

Siapakah pengunjung bertuah yang merupakan pengunjung no 666?

Love Lady Wanie

Azam tahun 2011

Sebenarnya ketika aku menulih ttg azam nie, aku tengah menunggu bihun kungfu. Makan lagi kan? Hihi!

Dah masuk bulan mac baru nak bercerita pasal azam kan....tapi aku nak ceta jugak pasal azam berazam ni.

Azam aku bagi tahun 2011 hanyalah satu selain memperbaiki diri aku sendiri iaitu mendirikan masjid. Hmm..nie menda terpaling malu untuk confess. Di usia ini tiada lain yang aku ingin panjatkan selain perkara ini. Insya Allah dan Amin Ya Rabalamin.

Aku tiadalah meminta dan meletakkan harapan setinggi gunung, cukuplah setinggi aku berdiri dan serendah aku duduk. Dan juga menjadi pelengkap kekurangan aku dan aku menjadi pelengkap kekurangannya.

Walaupun masih tiada kumbang yang menyunting bunga di taman nie, aku tetap yakin dengan kuasa dan rezeki Allah seadanya dimana sesungguhnya manusia itu dicipta berpasang-pasangan. Yakinlah bahawa qadak dan qadar telah tertulih sejak di Loh Mahfuz lagi.

Aku tiadalah merungut dan berdengki dengan nasib dan keuntungan orang lain.

Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk diri aku dan rakan-rakan seperjuangan aku.

Love lady wanie

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...