Sebenarnya ketika aku menulih ttg azam nie, aku tengah menunggu bihun kungfu. Makan lagi kan? Hihi!
Dah masuk bulan mac baru nak bercerita pasal azam kan....tapi aku nak ceta jugak pasal azam berazam ni.
Azam aku bagi tahun 2011 hanyalah satu selain memperbaiki diri aku sendiri iaitu mendirikan masjid. Hmm..nie menda terpaling malu untuk confess. Di usia ini tiada lain yang aku ingin panjatkan selain perkara ini. Insya Allah dan Amin Ya Rabalamin.
Aku tiadalah meminta dan meletakkan harapan setinggi gunung, cukuplah setinggi aku berdiri dan serendah aku duduk. Dan juga menjadi pelengkap kekurangan aku dan aku menjadi pelengkap kekurangannya.
Walaupun masih tiada kumbang yang menyunting bunga di taman nie, aku tetap yakin dengan kuasa dan rezeki Allah seadanya dimana sesungguhnya manusia itu dicipta berpasang-pasangan. Yakinlah bahawa qadak dan qadar telah tertulih sejak di Loh Mahfuz lagi.
Aku tiadalah merungut dan berdengki dengan nasib dan keuntungan orang lain.
Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk diri aku dan rakan-rakan seperjuangan aku.
Love lady wanie
No comments:
Post a Comment