16 March 2011

Bila Hati Berdetik, Dimana Kau Coretkan?

Wah tajuk entri aku kali nie sangat puitis lah pulak. Satu ketika dulu aku penah mewujudkan satu belog yang khasnya untuk menyuarakan kepedihan (mmm..pedih ker?)...opsss tak. Bukan kepedihan tapi luahan hati aku tentang perasaan dan mungkin lebih mendalam, perkara yang melibatkan emosi.

Aku nie sebenarnya seorang yang "akan" menulis apa yang akan rasa pada masa tersebut just untuk mengurangkan tekanan pada masa kejadian. Bukan tabiat nie bermula sejak aku kerja tapi dari zaman kanak-kanak lagi.

Buktinya habis majalah, buku, diari mak pak aku, buku resepi mak pak aku jadi bahan contengan aku. Opss...lupa ade lagi tempat nukilan aku selain dinding, iaitu sofa baru mak aku. Yes! Sofa baru! Aku tulis dengan lipstick mak aku. Kih..Kih...Anak bertuah la katakan.... =)

Aku rasa aku nak kongsi mendalah lain..tapi ntah la termerepek punya la panjang kali nie =)
Korang ada personal diary tak? Aku memang takde sejak menjak aku masuk matriks sehinggalah bekerja. (bekerja nie bukan personal diary tapi monthly planner). Sejak kecik aku main tangkap muat je nak menulih kat mana-mana kertas atau buku yang aku jumpa. Sekali tuh aku menyelongkar buku-buku lama, aku terbaca hasil rungutan aku yang pertama, rasanya time tuh umur 6 tahun kot, aku tulis "Abah, bila abah nak balik? Saya rindu abah. Abah jangan lupa beli coklat.". Saya rasa sebab abah saya pergi kursus rasanya, dan masa tu saya hanya ada mak untuk bergaduh.

So sehingga sekarang, kalau saya berada dalam kekusutan emosi dan kecelaruan perasaan, saya harus luahkan dengan segera. Tidak kira dimana, dalam Facebook secara amnya atau Blog secara khususnya. Sebab apa, dengan cara beginilah emosi dan perasaan yang dilanda ribut tuh dapat dikurangkan. Tahap kepanasan yang melampau sebelum itu, terus dapat disejukkan dengan segera. See, begitu senang tahap kepanasan saya menurun. Itulah setiap orang mempunyai cara berbeza untuk meluahkan pendapat dan rasa.

Semenjak saya bekerja nie, perasaan dan emosi saya sangat suka ditebak. Perasaan marah, suka, tertekan, gembira dan sedih bercampuran sehari-harian. Yer Alhamdulillah saya masih bisa membezakan antara hal personal dan kerjaya.

Tapi bila ada tempat untuk dicoretkan, makin mudah perasaan aku ditenangkan. Yaps, aku suka. Sebab aku tiada alasan untuk bermasam muka dengan persekitaran saya, cakap dengan nada-nada marah ker...Insya Allah, cuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. (sebenarnya sambil taip nie aku tengah bersembang dengan seseorang individu yang lebey tua, dia mengadu masalahnnya.so aku jadi kurang fokus sikit untuk entry ini). =(

Kewujudan teknologi2 terkini nie amat membantu bagi individu yang berjenis macam aku a.k.a suka menulis2..merepek2 bagai...merungut...komplen....Hihi! Sebab semua menda takkan disimpan dalam hati lama-lama. Masa aku di"dump" 2 tahun lalu..yer 2 tahun lalu..... Aku ada wujudkan satu blog just untuk suarakan isi hati aku. Sebab masa tuh frust sesangat, tapi aku tanak simpan dalam hati lelama. Jadinya memang sangat berfungsi ruangan seperti blog ini.

Oleh kerana saya tidak mempunyai diari maka dengan rasminya saya menggunakan Blog sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. So sesapa yang rasa muak, mual, nak muntah dan sebagainya, SILALAH JANGAN BACA. Sebab nie blog sendirian berhad, Hihi! Suka hati I la nak bebel apeee..... =) Jawapan untuk soalan diatas, coretkanlah di FB dan BLOG.

Love Lady Wanie










2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. setuju2!!! betol3!!
    blog dan fb tempat nak luahkan perasan..hehe

    ReplyDelete

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...