01 January 2013

2012 didalam lipatan sejarah

Bismillah hirrahman nirrahim,

2013 dah menjelma dihadapan aku. Selamat tinggal 2012. 2012 yang penuh dengan cabaran, dugaan, kesedihan dan juga masih ada kegembiraan. Diri aku banyak terdidik dengan pengalaman melalui tahun 2012. Berfikiran sematang yang boleh dan membuat keputusan yang tepat dalam menentukan hala tuju kehidupan aku. Walaupun sepanjang tahun 2012, aku bersendirian dalam erti kata tiada peneman hidup, tapi aku tak berasa kesunyian atau kesepian sebab aku ada keluarga dan individu2 yang sygkan aku dan aku sendiri menyayangi mereka, cuma mereka sedari atau tidak sedari sahaja. Terima kasih kerana mewarnai hidup aku! Koranglah pelangi hidup aku. ❤💜💚💙💛

Selagi aku masih bujang, aku akan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga aku. Keluarga adalah prioriti aku setakat ini. Dan tahun 2012 aku banyak memberikan masa & cuti kepada keluarga aku. Kami sekeluarga pergi bercuti ke Bandung, Indonesia, Gunung Jerai & juga Singapura.

Perkara kedua yang aku beri perhatian adalah BFF aku. Ini juga kepentingan dalam hidup aku. Aku tak boleh berenggang dengan kawan2 kot rasanya. 😜 Sebab tuh siapa yang nak memilih aku, kenalah menerima kawan2 aku. Jangan risau diorang tak jahat cuma nakal jeee... Hihihi! 😁 Kami banyak berkongsi segala suka & duka. Kami mulakan awal tahun 2012 dengan percutian ke Melaka, kemudian hadir bersama ke majlis perkahwinan partner kami, Kulat & suaminya, Hafiz di Jitra, diteruskan dengan majlis pertunangan Nora & Khairi n oso percutian ke Sarawak. Tahun 2013 akan dimulakan dengan percutian kami ke PD dan kemudian Nora akan menamatkan zaman bujangnya dengan Khairi. Khairi please take care our sweetheart, okeh! We give our trust to take care of her! 💕

Perkara ketiga adalah pekerjaan aku & rakan sekerja. Tidak aku nafikan yang mana permulaan tahun 2012 memang sangat mencabar diri aku. Sehingga aku sendiri dilanda tekanan untuk pertama kali. Sementelah aku sendiri yang tidak dapat mengawal emosi dan fikiran rasional aku. Namun Alhamdulillah, aku berjaya overcome semua perasaan negatif yang wujud itu. Pejabat & rakan sekerja dah mengambil lebih 50% daripada masa dan kehidupan aku sebenarnya, kan? Hihihi! Nak wat camne, dah nama pun cari makan kan? Insya Allah demi rezeki yang halal, niat tue mesti betul dan ikhlas serta buat kerja kerana ibadah dan Lillahhitaala. Aku ada rakan sekerja yang mengambil berat pasal aku yang sendiri ini. Alhamdulillah, aku boleh bergantung harapan kepada mereka seandainya dilanda badai. Biasalah kadang2 lidah mana yang tak tergigit, yang penting kita perlu bersikap tolak ansur dan bekerjasama. Kami pun dah buat banyak aktiviti yang menarik bersama. sangat best!, yang mana aku dah potretkan didalam photobook pejabat.

Bukan tiada kisah sedih atau airmata yang menghiasi diri aku. Ada. Tekanan kerja adalah punca utama airmata aku jadi sangat murah pada masa tersebut sampai aku berlaku sangat kejam kepada kawan2 baik aku. Regret aku bila mengingatinya. Syaitan dah mngambil tempat didalam jiwa dan akal aku kot pada masa tue. Tapi selepas beberapa hari aku dirundung kesedihan, aku bangkit kembali menjadi orang yang lebih positif.

Dalam kegembiraan mesti akan terselit dengan kesedihan. Pemergian bonda Nora menyebabkan kami berempat lebih menghargai kehidupan, keluarga dan semua individu. Sangat terasa bahawa hubungan kami sangat rapat, seperti dicubit paha kanan, paha kiri juga terasa. Aku harus akui aku adalah individu yang tenang diawalnya dan sukar untuk menitiskan airmata tapi bukan bermaksud aku tak sedih. Tetapi bila aku mula menitis airmata, aku sukar untuk berhenti. Sangat sukar. Pengalaman itu sangat membuktikan kata2 aku.

Aku juga kehilangan rakan kepada Arwah Tok aku, yang aku panggil Tok Lang. Arwah juga jiran berdekatan rumah aku. Kali terakhir aku jumpa dengannya, pada hari raya puasa lepas. Arwah juga sememangnya uzur. Aku melihat Arwah sejak aku mula mngenali dunia. Semoga Arwah ditempatkan dengan orang2 yang beriman. Amin.

Pada hari penutup tahun 2012, rakan sekerja aku pula yang kehilangan ayahnya. Arwah juga sakit. Keluarga rakan sekerja aku adalah kenalan kepada keluarga Nora. Secara tak langsung, ianya saling berkaitan. Betapa kecilnya dunia ini sebenarnya. Melihatkan semua ini, aku terus teringat kepada keluarga aku. Sempatkah aku juga berjada kepada mereka? Kehilangan orang tersayang memang merobekkan perasaan kita tapi sebagai manusia, siapalah kita untuk menolak Qadak & Qadar Allah. Semoga Arwah ayah rakan sekerja aku ditempatkan bersama2 orang2 beriman. Amin.

Hari ini, 01/01/2013, bermulanya langkah baru ditahun yang baru. Pelbagai harapan dan perancangan yang tersusun. Cuma doa dan usaha sahaja yang akan menyempurnakannya. Doa aku panjatkan kepada Allah. Amin Ya Rabal Alamin.

Love,
Wanie





























No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...