22 February 2013

Kenali Sifat Oktober's Gurl


Rahsia Bulan Kelahiran - Oktober 

  1. Suka berbual. [yang nie memang tepat kot! Hahahaha. Aku hanya akan berbual terlajak mesra dengan orang yang aku kenal sahaja. Kalo x muka aku kelat, sombong!]
  2. Suka orang yang sayang padanya. [hiks!hiks! haruslah. suka laaaa sayang2 nie. sbb aku pon penyayang jugak. auuuuwwwww...! (rasa nak penampar aje)]
  3. Suka ambil jln tengah. [amek jln tengah? mm... kalo ikot WAZE tue mmg ar aku amek short cut tapi kalo dalam kerja tue... tak kottttt.....]
  4. Sangat menawan & sopan santun. [menawan? Mmmm... blushing dah pipi aku. Sila jangan muntah! Sopan santun tu rasanya ada kat semua pompuan Melayu kot! Normal la. Jangan biadap cukup!]
  5. Kecantikan luar & dalam. [Insya Allah. Sangat diharapkan]
  6. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. [nie masalah aku. aku x reti nak menipu. aku better diam drpd aku jawab soklan yang aku xleh jawab. tue dorang yang nak main2 kena tunggu time aku sewel gak. kalo x, memang aku jawab dengan jujur. sbb aku xreti nak menipu. aku kalau x suka pon, diam jugak. I reserved my comment. Kelas gitu nyahhhhh!]
  7. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. [ini selalu. selalu kesiankan orang. tapi orang jarang kesiankan aku. aku suka amek jalan, ok nanti saya buat. sebab malas nak ribut2. wpn kadang2 dah serabut sgt, tapi sanggup aje la.....demi kawan2. dulu mak sy selalu bebel sebab terlalu utamakan kawan2. tp skng aku cam dh okeh sikit dalam hal balancekan antara family and friends]
  8. Sentiasa berkawan. [I love friends. sbb tu kwn2 sy dah jadi kwn kepada bff saya. kwn bff saya dah tersesat jadi kwn2 saya. hahahaha! tp saya x suka diikatkan satu je psahabatan. biar ramai.]
  9. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. [part nie yang kena highlight sebenarnya. saya nie kuat merajuk okeh! tapi itu la cepat recover. x suka btul la. xsempat utk dipujuk. hampehs! nak la jugak dipujuk... hihihihi! elllllooooo...i nie mrajuk tau...u wat bodoh ajeeee....]
  10. Cepat marah. [memang tahun nie saya cepat marah tapi marah2 sayang aje... hihihihi!]
  11. Macam pentingkan diri sendiri. [macammmmm ajee.....tapi x, kan? kan? hihihi! kadang2 sebab sakit hati aje aku cuba pentingkan diri. tp kepentingan aku, kesan kepada semua orang]
  12. Tidak menolong orang kecuali diminta. [mmmm btol ker? kalau org x minta tlg, camne kita nak tahu org tu perlukan pertolongan kan? kan? kan?]
  13. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. [iyerla kita berhak utk kemukakan pandangan sendiri, kan? x salah rasanya]
  14. Tidak suka terima pandangan orang lain. [betul ker nie? kena nilai balik nie....]
  15. Emosi yang mudah terusik. [mmg la jiwa aku nie lembut sikit. tapi aku suka simpan sesorang. tp bila dah meletup, mulalah aku merewang memacam yang pelik.haih laaa..... ko kan.... aku akan jadi sejujurnya.]
  16. Suka berangan & pandai bercakap. [berangan? semua orang suka berangan kot! hahaahha! sbb berangan tak kena bayar whattttt.... hihi! pandai bcakap? sbnrnya aku sgt introvert. rsnya ms sekolah dulu aku x penah tanya soklan kot kt cikgu ms cikgu tgh ngajar. hahaha! sbb aku x reti nak tanya ape. sebaliknya accept aje ape pn. tp skang? hah kooooo.... mampu ko nak dgr aku cakap??? berair kot telinga....]
  17. Emosi yang kelam kabut. [kelam-kabut? mmmm nie sifat aku ker? macam x ajeeee.....]
  18. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). [Alhamdulillah. ini kurniaan Allah S.W.T. apa yang aku rasa selalunya tepat. jangkaan aku kadang2 agak menepati. sbb tu aku tak suka menelek karakter seseorang, sbbnya aku seakan aku leh menafsir hati orang tu... haihhhhh!!]
  19. Suka melancong, bidang sastera & seni. [melancong? ini sangat betul. terlalu suka kot. sampai aku sendiri rasa aku dah tersilap kementerian. hahahaha! patotnya kementerian pelancongan kot! hahahaha. sastera? opkos. skang kan uols tgh baca hasil sastera aku. :p seni? hihihi.... nie ada jugak...wpn aku nye seni x sentimental langsung....]
  20. Pengasih, penyayang & lemah lembut. [auwwww....opkos la ada sifat ini... **wink wink wink]
  21. Romantik dalam percintaan. [romantik? mmm....kena bercinta dulu la kot.... dah ada sifat manja...sure romantik kan? hahaha... nak gelak gak aku baca ayat sendiri]
  22. Mudah terusik hati & cemburu. [iyer. saya kdg2 cepat cemburu. tapi pandai disimpan. hihihi! x nampak kan? hati mudah terusik? hahahaha... opkos la #sentap]
  23. Ambil berat tentang orang lain. [nie antara penyakit aku... macam kepochi kan? sedangkan orang len amek berat x psl aku yer? jap nak pikirrr......]
  24. Suka kegiatan luar. [dah nama pon suka melancong kan? itu bukan aktiviti luar ker? hahahaha! aku wpn penakottt tapi aku agak leh wat aktiviti extreme sbb terpaksa & dipaksa. cthnya aku x reti berenang. tapi aku sanggup terjun dari atas batu ke dalam sungai untuk ikhtiar idup. hah, pelik kan??]
  25. Seorang yang adil. [Insya Allah. saya cuba adil. untuk jadi adil, dengarlah drpd dua pihak yang berbalah. siasat dulu. jgn guna emosi!]
  26. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. [uwaaaaaa! boros nie sgt tak boleh lari kot! ini memang sangat saya ye! rasanya saya nie perlu dikawal oleh seseorang kot. supaya kurang boros. uwaaaaaa! wpn sy boros tp saya pandai merancang kewangan. Insya Allah. mudah dipengaruhi? aku memang sgt senang dipengaruhi dan mempengaruhi orang. hahahahahaha!!!]
  27. Mudah patah semangat [ini baru je aku alami. putus semangat. tapi aku cepat2 muhasabah diri. pandang dari sudut positif. letakkan negatif itu ditepi. jangan biar kita dilingkungi dengan unsur2 yang tidak baik.]
Oklah selamat mengenali diri aku yang serba kekurangan ini. Apa2 pon jangan lupa yer my birthday on 22nd October. Sila sediakan hadiah2 yang besar! hihihi! 


Love,
Wanie

No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...