10 March 2011

Tahi Lalat di Tapak Kaki = Suka Berjalan??

Setiap individu, Allah dah kurniakan tubuh badan yang sihat dan Insya Allah cukup sifatnya. Kalau kita teliti dengan penuh tekun, kita akan nampak TAHI LALAT? Hihi! Tak kira la tahi lalat tue dimuka, tangan atau kaki (tempat2 yang bukan tertutup la, apekehalnye korang nak tengok kat tmpt len tuh hah??). Sharifah Aini sangat sinonim dengan isu tahi lalat nie, ataupun Siti Nurhaliza yang mana tahi lalat dibibirnya. Ada orang suka tahi lalatnya. Dan ada juga tak suka, sampai pi operate la pulak sebab nak buang tahi lalat tuh. Hangpa macam mana?

Bagi saya, saya tak kesah. Berbalik pada topik tahi lalat ditapak kaki maksudnya suka berjalan? Wallahualam la betul atau tidak. Dari kecik-kecik lagi, mak saya bila tengok tahi lalat kat tapak kaki saya, mesti cakap, tahi lalat suka berjalan. YES. Saya memang sangat suka berjalan. Dan siapa yang ajar kalau bukan mak saya....Hihi! Mak saya ni cikgu, dan setiap tahun dia akan buat rombongan sekolah. Memang glemer lah mak saya nie kat sekolah. So secara tak langsung, saya ngan adik-beradik dapat jalan jugak. Ops, bukan free yer. Berbayar jugak macam budak-budak lain.

Saya ikot rombongan pertama, kalau tak silap time tuh umur 4-5 tahun la kot, mak saya bawak bebudak dia pegi round Pulau Pinang. Hah, kan dah berjalan tue. Kalau bab melawat Pulau Pinang (negeri sendiri nie) tak tahu la nak kira...sebab selalunya ikot naik bas sekolah tuh.

Untuk rombongan pertama saya tanpa mak abah n family. Masa tu ikot darjah 4 (4 Merah, ok). Kami ke Kuala Lumpur dan Selangor. Time tue memang first time la berjalan dengan kawan-kawan dan cikgu-cikgu. Jap nak hengat kami kemana...Huwaaa...memang tak hengat. Apa yang diingati, saya dan kawan ada usha senior sekolah (senior?budak darjah 5). Hihi! Jambu wey mamat tuh =)

Memang lepas tue setiap tahun saya berjalan ikot rombongan, kalau tak dapat ikot. Memang saya menangis berguling-guling la (ops,part ni I tipu je). Saya akan merajuk. YES! Again, saya sangat suka merajuk =(

Tempat yang saya pernah pegi;
  1. Rombongan sekolah (siap family ikot) - Cameron Highlands
  2. Rombongan sekolah  (time darjah 6) - Perlis
  3. Rombongan kelab komputer - Batu Feringghi
  4. Rombongan sekolah - Kelantan + Terengganu
  5. Rombongan mak buat - KL + Selangor
Time sekolah menengah pon, walaupun mak saya yang buat rombongan, saya yang penyebok nie akan tetap ikot. Bukan saya saja yer...siap saya usung kengkawan skolah lama dan baru. Hah, rombongan sapa yang sebenarnya yer?Even matriks, uni dan sekarang, masih ada kawan-kawan yang saya tarik ajak ikot rombongan. Hihi! They knows who are they. =)

  1. Mak wat rombongan - Langkawi (time form bape ntah, bawak kak Wa and Haniza)
  2. Mak wat rombongan ke Langkawi again (time form 5, bawak Mashitah, Aini dan Kak Uni. My dear bespren during gigh school. Siap bagi cekelat kat cikgu sbb xnak dia marah. Kami escape dari kelas tuisyen sekolah =))
  3. Mak wat rombongan ke KL + Genting + Melaka (ramai nie..sebab dua bas. Siap ajak Nas dan Aini)
  4. Mak wat rombongan ke Cameron Highlands (kalo tak silap form 4 kot, aku ingat aku usung Aini dan Kak Uni je time nie. Sori kalo silap)
  5. Yang terkini, mak wat rombongan untuk cikgu-cikgu skolah dia ke Pulau Perhentian tahun lepas. Yes, aku tetap ikot =) and bawak Aini sekali.
  6. Tahun nie? Makkkk.....cepat la nak kemana nie? Singapore ke Phuket? Hihi! Blom wat pilihan lagi.
Saya rasa walaupun tahi lalat takde dikaki, saya tetap suka berjalan. Bukannya boros. Tapi SAYA SUKA. Mungkin setiap orang pendapat dan citarasa berbeza, yela... Rambut kan sama hitam tapi hati lain-lain.

Saya start merancangan perjalanan a.k.a percutian sendiri masa saya di Sem ke-2 di universiti. Yes, saya takleh lari dari acara berjalan-jalan nie. Saya dan Geng-geng Jahat saya ke Pulau Langkawi. Banyak yer duit anda masa uni?? Opss..ke guna duit PTPTN? Mak saya tak pernah melarang malah menggalakkan. I dont know why tapi bagus la...ada ongkos yang support saya sebab duit PTPTN saya tak macam orang lain. Sikit. Itu acara yang pertama saya plan dengan kawan-kawan. Setakat jalan di negeri-negeri sekitar kawasan uni, memang sangat selalu. Tapi tanak ceta la.... =)

Perjalanan sesorang diri saya pulak masa Sem 4 kot, selepas abes program di negeri Sembilan. Saya nie walaupun kurang mahir dengan jalan-jalan ditempat lain, tapi bagi saya, redahhhh aje laaaa..sesat tanyaa orang. Saya plan nak jumpa dengan kawan-kawan matriks semula..Saya jumpa dengan Sue di Negeri Sembilan, then jumpa Nora. Ikot Nora naik bas ke Melaka pulak. Dah abes pusing-pusing di Melaka. Kami naik bas lagi menuju ke Kemaman pulak...pegi umah Fariza. Berjalan-jalanlah kami di Kemaman. Itu perjalanan sendirian dan jumpa kawan-kawan yang pertama.

Dalam bahasa yang lebey mudah, saya nie sangat suka melawat rumah kawan-kawan. Tabiat yang dibawa sampai sekarang. So kecian kawan-kawan saya terutama yang tinggal jauh, sebab kadang-kadang umah depa la jadi mangsa. Hihi! Rindu hangpa jugak laaaa.......

Bila dah kerja nie..saya teramatlah girang lagi sukahati. Sebab? Sebab saya dah ada duit sendiri untuk dihabiskan. Hihi! Lepas tuh, dapat pulak kawan-kawan yang memang suka berjalan.

Plan ngan Nuna Tana;
  1.  first time kami ke Langkawi (sebab ape kami nie pantang tiket murah, tiket je yang murah kat sana xtahu lagi macammana). Ini kami pergi berdua aje.
  2. 2nd time ke Kota Kinabalu. Bertiga time nie ngan Kak Min. Memang best la. Saya memang sangat suka berlibur disana.
  3. 3rd time...this opening year..kami bertiga ke Singapore. =) Nak pi lagi, bleh? Nie bawak Misz Aini jugak.
Dengan promo ticket murah2 nie lagila menggila kan? Dapat pulak opismet yang memang suka jalan dan bujang. Lagi best! Dan kami dah siap plan dan booking untuk jalan. Next destination are Kuching dan Bandung. Yabedabedabedu....!

Bila dah suka berjalan nie, banyak lagi la tempat yang dalam perancangan dan cuba untuk dipenuhi. Ibarat kata-kata orang sekeliling saya, tak kawen lagi pi la jalan puas-puas, dah kawen susah. Oleh itu saya grab la this opportunity. Antara negara yang saya teringin nak pegi tapi masih tak mampu are;

  1. Mekah - nak perform Umrah atau Haji. Ini Insya Allah, dalam percubaan nak menyimpan duit. Dah ajak mak ngan abah tapi depa nak perform Haji for the 2nd dulu. By then baru nak proceed ngan Umrah. Huhu. Lambat lagi laaa...Dah siap angan-angan nak gi Umrah time bulan Ramadhan lagi nie.
  2. Aussie - nie memang angan-angan tertinggi la, termasuk mak. Tapi taktau lagi laa bila. Tengah pikir ni.....Mmmm....
  3. GuangZhou - ntah kenapa tapi nak pegi jugak! Degil.
  4. Jepun - nak imbau chinta lama nie. =)
  5. Europe - agak-agak bila ntah....Huhu...Angan-angan tahap tertinggi la nie.....Hangpa nak gelak pon...gelak la..sebab tak salah untuk berangan..... =)
Apa-apa pon untuk semua tuh perlukan ongkos. Yang penting hangpa rajin la menabung. Kalo tak menabung, memang takkan tercapai cita-cita kita nie. Selamat berjaya yer semua. Kalau hangpa perlukan nasihat atau panduan berjalan-jalan nie, jangan segan-segan tanya yer. Untuk semua perancangan nie, kita perlu review terlebih dulu.

Love Lady Wanie


No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...