19 November 2012

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1434H,

Rasanya masih belum terlewat untuk aku hadirkan diri dan mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi Umat Islam. Tahun Hijrah. Selalunya pada 01 Januari setiap tahun aku akan mulalah berazam dan bermisi sempena tahun baru. Tapi bagi tahun ini, azam aku bermula pada 1 Muharram, sepertimana kalendar Islam.

Hijrah membawa pelbagai pengertian bagi setiap manusia. Hijrah boleh dihayati dimulut mahupun dari dalam hati. Tengoklah bagaimana hijrah itu sendiri dimengertikan. Aku suka menaip sesuatu yang lahir sendiri dari kaca mata dan pendapat aku. Iya, setiap manusia itu berbeza. Pendapat seharusnya bertambah2lah berbeza kan?

Tahun ini aku cuba untuk menghayati maksud hijrah itu sendiri. Bagaimana? Biarlah aku sendiri yang memahaminya. Bukan apa, bila kita mula menyebut, orang akan mula mengukur. Aku tak suka! Aku cuba bermula dari langkah yang pendek, harapnya dengan langkah yang pendek itu aku akan kekal dengan langkahan dijalan yang benar. Insya Allah. 

Aku suka pendekatan yang aku ambil, bukan melalui paksaan tapi kehendak hati. Hati manusia ini sangat lemah-lembut kedudukannya. Aku sukakan teguran tetapi  teguran yang menyenangkan. Itu yang tidak menyenangkan orang yang ingin menegur. Hahahahaha! Manusia ini amat mudah disentuh hatinya, namun cara bagaimana penyampaian sangat penting. Supaya tidak timbul perasaan benci. =) 

Seharusnya aku akui, langkahan pendek yang aku pilih ini bukanlah 100% daripada diri aku sendiri. Tapi ianya bukanlah satu alasan untuk aku berpatah balik. Tidak. Aku masih memerlukan sokongan tersebut walaupun tanpa sepatah kata. Terima kasih kerana secara tak langsung ianya dah membuka pintu hati aku yang satu itu. [bukan chenta ye!]

Aku harap langkahan pendek ini tiada penilaian daripada makhluk lain yang bernama manusia. Aku cuma harapkan du'a. Du'a dari yang tersayang dan menyayangi aku. Biarlah ianya langkahan pendek, tapi pendek yang bernilai jika dinilai dari sudut positif. Insya Allah.


Love,
Wanie


No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...