10 February 2011

Kerja Oh Kerja

Kerja Oh Kerja. Aku nie kalo bab kerja. Ikut je flow yang ada kat depan. Takdela rasa nak cabut lari ke nak quit ker nak nangis guling-guling ker bila xleh nak absorb dengan stress.Masa aku mula masuk kerja dulu, aku dah count yang aku kena servis 34 tahun....34??? Tapi aku rileks aje. Sebab apa? Sebab aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah memudahkan aku untuk mendapat pekerjaan tetap disaat kawan-kawan aku lebey dahulu bekerja dan aku menganggur.

Aku paham apa perasaan orang yang menganggur. Sebab aku sendiri menganggur hampir setahun. Siap kerja ngan mak sedara aku wat kuih untuk dijual kat bazar Ramadhan. Hah? Abes tuh? Semua interview yang aku pi tak memihak pada aku. Lepas dah menganggur agak lama, aku pon pi la attend course yang Kerajaan sediakan untuk bebudak menganggur nie. 3 bulan wey. Tapi amat best sebab dia membantu kita built up kita punya personaliti dan keyakinan. Lepas 3 bulan, aku kena wat praktikal kat company pulak. 3 bulan lagi. Masa dapat kerja macam tuh pon aku dah excited gilaaaa...Gaji kecik ka apa ka...Aku dah tak heran. Asalkan nama kerja.

Dah abes tempoh praktikal, aku diabsorb as a permanent worker there. Gaji kecik jugak. Tapi adaaa aku kesahhh?? Kira nama kerja. Bukan bidang aku pon aku redah ja. Kita mesti jadi person yang macam doh tapi bukan agar-agar ok! Jadi macam doh, sebab kita sendiri yang kena sesuaikan diri dalam setiap keadaan. Jangan dok pikiaq ikut kpala hotak kita sendiri aja.

Aku sangat berterima kasih dekat orang yang nampak potensi aku iaitu MISS LIM. Dia yang bagi peluang praktikal dan dia juga yang bagi peluang untuk kerja dengan dia.

Baru ja kerja sat dengan depa, aku dah dapat offer yang memerlukan servis aku selama 34 tahun nie. Alhamdulillah. Lega dan syukur sangat-sangat. Aku penah menitiskan air mata saat kawan-kawan aku dah dapat kerja dulu.

Bila dah masuk dalam bidang nie, barulah aku sedar betapa besarnya tanggungjawab aku kepada orang ramai. Betapa mencabarnya kerja untuk memenuhi kehendak dan kepuasan public. HoHo! Mula-mula kerja, memang aku akui aku takleh nak kontrol stress dan marah. Tapi sekali tuh aku dah over marah, dada aku sakit. Ayoooo! Takot wey. Start time tuh jugak aku tobat. Kalo dah rasa marah sangat2, aku akan tunduk dan tarik nafas dalam-dalam. Dan helakan nafas tuh dengan perasaan lega. Lepas tu senyum. Hah, trus ilang rasa marah. Pikiaq secara positif setiap cabaran tuh walaupun susah. Dapatkan jugak bantuan rakan sekerja dalam mengawal emosi dan masalah. Jangan dok diam-diam dan sorang-sorang. Tubuh badan kita nie, Insya Allah nak digunakan lama. Rasanya rakan sekerja kita adalah orang yang paling memahami apa yang kita lalui,kan? Alhamdulillah aku dapat rakan sekerja yang saling membantu dan bekerjasama. Apa jua tekanan, kita rasai bersama kan?


Love Lady Wanie

2 comments:

  1. skang.. kalo stress... jd kan laa blog sbg tempat meluahkan.. tp bukan sume bleh dipublickn... ade bende yg kene hide kan gak..

    ReplyDelete
  2. memang la...xleh nak kuar ayat yg tlampau membina sngat kat cni.bahaya!
    nak luah kt fb,tlampau ramai sgt kwn2.rs cm xsecure.kt blog bleh jugak,tp kena guna ayat kiasan la.sbb kalo tensen nie,kita kena luah.xleh simpan lama2.

    ReplyDelete

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...