28 February 2011

Bila Hati Mula Marah

Semalam aku telah amuk dengan seganas2nya.Terkejut oghang yang mengenali saya.Sebab saya nie kebiasaannya maghah xdela sampai keluar ayat macam tuh.Tapi semalam memang aku maghah amatt..takleh nak tahan dah.

So saya dah menggunakan FB sebagai tempat meluahkan rasa hati yang paling segera n cepat. Dah memang perangai saya macam tuh. Saya nie kalo maghah kena lepaskan secepat mungkin. Tapi lepas itu saya terus cool and relaks. Itu advantage nye. Memang la ayat yang saya gunakan sangat tajam dan mengejut. Tapi takde la sampai niat saya sama dengan ayat saya. =)

Kadang2 bila kita dah mula luahkan...hati yang panas tadi akan segera menyejuk,dan bila terima komen kawan2, mulut pon mula mnguntumkan senyuman. Walaupun tidak semanis gula, sekurang2nya mampu menghilangkan segala kegalauan dan kerisauan.

Manusia mana yang tiada perasan marah dan sakit hati. Cuma yang membezakan kita macammana kita nak kawal perasaan tersebut. Setakat nie kalau aku marah, aku mampu lagi nak menyimpannya, masih boleh senyum dan gelak untuk isu yang lain walaupun hati tengah mendidih.

Tak menafikan, ada juga individu yang tak boleh kawal perasaan marah itu. Perkara ini boleh dilihat melalui raut wajah, kerutan dahi, kemonyokan muka, tindakan atau reaksi kepada sekeliling, nada suara dan banyak lagi la. Tapi muka adalah anggota paling tidak boleh menyimpan perasaan kita. Yang boleh membantu ialah emosi kita. Emosi sahaja boleh mengawal wajah kita. Btul tak?

Papepun isu kemarahan nie tak dibawa sejauh-jauhnya pun. Dekat sahaja. Dan dilupakan saja. Tak bagus menyeksa jiwa dan batin kita. Seafdhalnya saling memaafkan.


Love Lady Wanie

24 February 2011

Isteriku Zulaikha @ TV9

Semalam jam 8.30 malam, aku teringat yang aku ade program TV nak ditonton. sebabnya aku dah usha trailer (btul ke?) @ iklannye kat tv. Mcm menarik aje...Apatah lagi ada Sharifah Amani & Norkhiriah. Aku memang minat dengan depa dorang nie. Kira jarang missss la kalo depa blakon. At the moment aku memang takde idea apa jalan ceritanya...through iklan aku ingatkan si Ungku Ismail nie kawen dgn kakak, pastu si adik nak rampas...first perception laaa tuh...

So aku ubah la cenel ke TV9...mmg sooo adorable la si Sharifah Amani nie.Cute and sweet... Apa jalan cetenye nie.....???

Rupa-rupanya jalan ceta dia mcm nie... Adik a.k.a Sharifah Amani, Abang a.k.a Ungku Ismail dan Zulaikha a.k.a Norkhiriah. Abang ngan Adik adalah kapel. Depa bukan adik-beradik yer. Kira kapel separuh mati la. Dalam masa yang sama, aku dgn segera hapdet status FB aku. Remind kwn2 aku utk tgk. Sebab apa? Sebab aku rasa jalan ceta nie mcm a part of my life aje. Hihi..tiba2 tersentappp la pulak!

Bila Abang suarakan hasrat ati nak meminang Adik. Mak dia bantah. Mak dia nak Zulaikha. So Abang yang cinta abes dgn Adik, frust la. Adik bertambah2 la. Yela kawan dah kondifen kan akan jodoh dia dgn Abang. So Adik ilangkan diri untuk bagi laluan kepada pilihan mak Abang. Mula-mula Abang tadak hati sangat kt Zulaikha, tapi apalah sangat hati seorang lelaki kn? Dia dh kesiyan kat Zulaikha time si Zulaikha jaga dia masa demam. Tapi selepas tu dia terjumpa Adik semula. Yela perasaan cinta tuh masih membuak-buak kan? Susah nak dilupakan la kiranya cinta lama itu. So perasaan cinta yang berakar tuh tmbuh semula jadi tunas yang baru.

Opsss...aku tanak cete lebey2. Hangpa request la kat TV9 supaya ditayangkan semula ceta tuh. Tapi memang best la..jalan ceta yang segar. How it been presented pon very segar...Nice! I love la Radius One. Xpenah failed,ok!

Lagu yang dijadikan background music dari Aliff - Akan Tiba, & Yuna - Cinta Sempurna & Penakut. Loveee the music. Sooo relevant dengan jalan ceta.

I love the way Adik quiry bout their relationship and pengorbanan Adik at the first place. Adik tanya Abang " Sampai bila hubungan kita macam nie?" - time hubungan depa disambung semula. I know its really hard to be answer. Then jawapan kawan Abang pada dia, "Adik tuh cuma perlukan secure. Security. Sebab Adik rasa unsecure dengan hubungan kau orang." - time nie Abang persoalkan tindakan Adik yang letakkan syarat untuk menikahinya. Ayat lain iaitu, "Cinta tak semestinya bersatu". This word laa yang paling hikmat sekali. Yess tak semua cinta itu akan bersatu walaupun cinta setinggi gunung.


Cinta Sempurna - Yuna


Penakut - Yuna

Akan Tiba - Aliff Satar

Love Lady Wanie

20 February 2011

19.02.2010 - urusan dan menguruskan

Memandangkan aku memang nak balik minggu lepas. So balik la aku kerumah di kampung. (skang pon masih rasa kengantukan lagi).

So pepagi bute lagi mak aku dah kejut,suh bangun n mandi. Pastu pegi umah Tok, sebab nak mandikan dia. Masa aku pegi...Mak aku ngan Maksu tengah mandikan Tok. Dah make-up2 bagi wangi n cun, aku tolak la wheelchair dia ke depan. Nak suapkan nasik lemak pulak. Memang dia xkenal pon aku nie sapa. X hengat bukan sikit2 tapi memang x hengat langsung. At all. Tok skang bukan nyanyuk tapi apa yang dia cakap semua merepek meraban dah. Paksu aku cakap memory card dia dah takleh nak read, macam kena virus aje. Apa yang dia ceta, semuanya berlatar belakangkan zaman 50-an rasanya. Hoho!

Tengahari sket kami rushing ke Sungai Petani, melawat arwah ayah tiri mak pulak yang meninggal pada paginya. Mengiringi jenazah utk pejalanan terakhir Arwah di dunia. Masa sampai disana, jenazah dah selamat disembahyangkan dan nak dibawa ke kubur. 1st time aku tengok Pak Imam yang bacakan talkin dengan terisak-isak menahan tangis. Sebak dada aku. Walaupun ringkas dan cepat tapi bacaan itu sangat menyentuh rasa hati. Al-Fatihah kepada arwah ayah tiri mak aku. Amin.

Berbalik kepada ceta Tok aku tadi, huhu...semua orang letey sebab tak cukup tido. Mana taknya Tok aku langsung tak tido. Lebey 12 jam. Tak tahu kenapa. So kami decide wat shift la. Yela yang len memerlukan rehat, sebab depa dah seminggu kurang rehat. Tok aku plak, tetiba banyak la pulak idea nak bercakap. Usually kurang sebab dia dah tak dengaq. Tapi semalam....hadoii...macam-macam yang kami kena dengaq. Ada yang lawak...dia xsedaq tapi kami nie yang gelak terbahak-bahak. Contohnya masa kami dok sembang keliling dia..tiba2 dia tunding jari kat mak aku, dia cakap "..iskk...besaqnyaa...goreng pon sedaappp nie". Dia ingat mak aku tuh ikan. Haha! Lepas tuh skali lagi time cucu2 dia pulak bersembang, si adik aku nie dok tergelak-gelak..tiba2 Tok aku cakap.."..macam anak tupai laa...". Hahaha! Adik aku dah ghope tupai kot agaknya.

Akhirnya sampai ke pagi ari Ahad baru Tok aku nak tidoq. Lepas tuh kalo dia baring sesorang dalam bilik, mesti kena ada yang teman. Kalo tak makin kuat la meracaunya tuh. Tapi nie la ibadah kita kepada orang tua, walaupun berat mata memandang dan berat lagi bahu memikul, nie la dugaan kepada kita untuk menanganinya. Nanti aku nak buat entry khas untuk beberapa orang dalam keluarga aku. Untuk pedoman kepada kita yang masih muda nie.


Love Lady Wanie

16 February 2011

Yeah Esok Balik

Thanks to Allah and surely to my cousin (Da & Abg Mie)
cos sudi tumpangkan saya balik kampung.
A part of my heart dah legaa...phewww!
Half lagi blom

Eventhough I smile and laugh happily
But no one's know what I feel actually
Im worrying of her

Last nite I called my mom
She said that my tok nie asek merepek-repek je
Aduss
Camne nie?

Now I nak balik..even 2 days only
But atleast I see her through my eyes
=)


Love Lady Wanie

15 February 2011

William's Stall, Kelana Jaya

Semalam after ke Ikea, we ols decided untuk pegi food hunting...Haha! Menakutkan aje. Aku ada cari review about William's nie. Oghang cakap kat Kelana Jaya but the exact location memang xtahu. So through web hoping, dapat la tahu katne. Memang sesgt membantu la. Siap dengan maps lagi depa nie tunjuk.

So dengan tergagap-gagap, kami pon pegi la mencari stall tuh. Fuhh...dah masuk area Jalan SS26/9, aku pon memaksa Azwa untuk cari stall yang ada dua "blackboard" besar. Sampai ke hujung la jugak. Check! Dapat! Memang dari segi luaran, alamak memang nampak cam stall tepi jalan aje a.k.a kaki lima. Setinggan pon ada kot. Tapi oleh kerana kebanyakkan review mengatakan food yang dihidangkan by them sooo sedap and in a big portion. Kami memang nak cuba.

First of all, kami berdua gi berdiri depan blackboard tuh. Yela nak search makanan mana nak dimakan. (seb bek dah baca review orang len, about xde menu. kalo x for sure aku akan "menu please!"). Yeah! We decided makan Mee Raja Daging, Meatballs Lasagna and 2 air Ribena Lychee. Time tuh orang dah ramai la jugak. That time around kul 6.30 petang.

Services nya memang tip top la.. sebab within 2-3 minutes, they already served us with drinks. Cepat kan? Bila tengok gelas air tuh...Mak oiii, guna gelas giant ker? Bosar bonar laaa....seliter ke air nie? (sorila jangak sikit during that time. first timer la katakan)

Within 10 minutes, they all dah hantar mee and lasagna. Huhu,banyak la wey...leh makan 4 orghang rasanya. Tapi kalo yang jenis makan banyak. One portion pon bleh abes.

For me laa...memang worth it la harga dan rasa makanan tuh. Really a big portions weh! Bcos of slalu oghang makan Mee Raja, so we tried kan? Nice and different. Chinese mee with ketchup, oso cili padi. Daging sebagai sampingan pon sedap, lembut and marinated well. Move to meatball lasagna, meatball tuh sebosar penumbuk baby...siap ada cheese lagi dalamnya. Sedap! Next time kesana, we all nak try another dishes. Maybe Nasi Goreng Ketam, Ayam Pandan or Seafood, xpun Cheese Nan, ke Pizza, ke Aglio Olio, lagi Carbonara...see macam2 western dishes yang hangpa leh request disana. Nyum~~nyumm.... =)

Tapi kalo hangpa nie jenis oghang yang cerewet dengan kebersihan n persekitaran. Hangpa memang xkan dapat la daripada stall nie. Bukan la teruk sangat. Tapi tak macam restoran laaa...dah nama pon stall kan?

Oleh kerana aku nie takda henpon yang mantoppp...so aku pinjam la dari link dibawah ini, so hangpa layan sendiri la gambaq2 nie noo...Jangan meleleh air lioq dah laaa....aku dah rasa. Hangpa bila lagi?

Nie la rupa stall dia

Nie la Ribena Lychee...rasanya buah laici dia ade kot setin!
Meatball Lasagna. Ada 4 bijik meatball sebesar penumbuk baby tuh!
Mee Raja with Chicken Pandan. Tapi kami choose daging. Nice!


The Nasi Goreng Ketam(RM12.00)
Mee Raja with Pandan Chicken(RM8.00),
Risotto with a LOT of seafood (RM30.00), Ribena Lychees(RM6.00)
pandan leaf chicken (RM5), Nasi Lemak (RM2.50), Sotong Bang Bang (RM25), Soft Shell Crabs Fried Rice (RM15), Meat Platter (RM15)
Mango blended (around RM5-6), Surf and Turf – A piece of steak and a huge prawn (RM40), lamb ribs
Ribena Lychee (RM6), Mango Ice Blended for drinks (RM6-big, RM4-small), Premium Mixed Grill (RM30), Loh Shi Fun With Beef (RM7), Ribena Blended with Shum (RM 6), Dan’s Jumbo Ice Lemon Tea (RM5), Seafood Fried Rice (RM 30), lou shi fun with beef & sausage (RM20), Triple-H (RM 5), seafood platter (RM 40), Pasta Arrabiata with Beef (RM 40)
Love Lady Wanie









14 February 2011

On Saturday

Hari Sabtu lepas, me and Azwa kuar jejalan la konon. Where to go agaknya...after all we decide to go to Low Yatt Plaza at Bkt Bintang. What for ek? Haha. Wat mende lagi usha henpon again and again. Ntah bape dah kami berdua ngusha henpon. Haha! We went there to clarify satu henpon, dah hampir macam nak beli tapi....akan beli dalam masa terdekat.

Bukannya skang takde henpon tapi nak pakai canggih sikit. Atleast boleh hapdet blog through henpon n oso haplod pic. See now my entry kebanyakkannya takde pic. Why? Sebab aku pakai henpon murah2 aje. =)

Oleh kerana dah keluar umah pon tersangat lewat petang, maka bermalam lah kami disana. Opss,bukan maksud tdo sana. Tapi berjalan-jalan diwaktu malam.

Kerana semangat window shopping itu sangat tinggi. Maka kami telah berjalan ke Fahreinheit (ntah ejaan aku betul ke idak). Nak nengok UniQLo. Yela mana penah kesana since dibuka. Nak nengok la jeans n shirt. Nice. Nice. N sooo nice kain2 nya.
Go to fullsize image

Kitorang nak menengok baju-baju. Rasanya didatangkan dari Jepun. Btul x? Aku pun sempat merembat sehelai baju. Kainnya takde la nipis sangat tapi sejuk. Sesuai dengan suasana di Malaysia. Harga sangat reasonable.

Go to fullsize image

Lepas tu kami ke Pavillion. Nak gi minum2 aje pastu ngusha baju tshirt takpun blouse. Nice. Tak merembat pape ye kat sini!

Dah sangat larut malam and perot dah berkeroncong, maka Azwa pun decide nak dinner + supper kat Chop & Steak kat area Kampung Baru. Oklaaaa! Make us cukup-cukup kenyang aje. Bolehlah kalo sapa ingin mencuba.

Owh aku dah nak balik umah nie. Nak pegi pasar malam la dulu. Daaa.......


Love Lady Wanie

13 February 2011

Bila Tok Sakit

Referring to oghang Utara nie, tok ni actually nenek la. Aku masih ada tok di kedua-dua belah pihak, samada mak aku xpon pak aku. Tapi yang dok dekat ngan umah aku, mak abah aku la iaitu Tok Melah.

Semalam mak aku cakap tok aku nie jatuh. FYI, tok aku nie dah berumur 93 tahun. Alhamdulillah masih dikurniakan umur yang panjang oleh Allah S.W.T. Oleh kerana faktor umuq dia, maka setiap kali dia jatuh, maka kesannya amat teruklah. Maka dengan itu aku tersangatla runsing.

Bukan apa, setiap kali dia jatuh or sakit, aku ada kat sana. Means kampung la. Bercuti la kebiasaannya. And aku as a cucu kepada dia, maka seharusnya aku la help dia. Jaga n oso wat urusan hospitalisasi.  Now aku pon tinggal jauh, maka dengan rasa susah hatinya dan sangat sedey sebab xda daya nak tolong dia sekarang.

Tadi aku tepon mak aku, dia cakap tok patah tulang bahu. N need to bring her to another hospital, yang provide pakar untuk further check. Can u feel what Im feel now?? sobs..sobs..

Aku nak cuti, kang cam melampau lak sebab aku baru je bercuti seminggu. And macam tak sesuai je kan.

Tahu-tahu je la patah tulang bahu wey...bukan leh letak plaster or simenkan. Kena biar camtuh saja until baik. Kita yang sihat nie, kalo tergeliat sikit je dah macam paralysed. Nie patah. Apatah lagi kan??? Leh pikir tak macammana dia nak makan...kencing...berak...yang penting nak bergerak? Maklumlah dia bukan macam orang tua biasa, dia masih bergerak. Berjalan sendiri. Mandi sendiri. Now have to baring aje all the times. I can feel how difficult she is now to stand on her own feet.

Lagipun sepanjang hidup aku, memang aku banyak dijaga oleh dia. Sooo sad now...sebab aku cuma mampu berdoa aje wat sementara nie.


Love Lady Wanie

11 February 2011

Suara Ku Berharap

Hijau Daun – Suaraku (Berharap)
Aku rasa nie lagu antara lagu yang paling dekat dengan hati aku wat masa nie.Huhu.....sob..sob..sob. Tersedey pulak dah. Lirik lagu nie pon bercerita dengan jelas. Tapi aku lagi suka versi nyanyian Luna Maya...feeling sikit. Haha! Nie aku haplodkan versi Luna Maya jugak..


Hangpa boleh la pilih mana-mana versi untuk hangpa layan perasaan malam-malam nie. Rasanya sesuai untuk orang yang sedey kot. Haha! Layanlah lirik lagu nie;

Di sini aku masih sendiriMerenungi hari-hari sepi
Aku tanpamu
Masih tanpamu


Bila esok hari datang lagi
Ku coba ’tuk hadapi semua iniMeski tanpamu ouuw wooohh
Meski tanpamu



Bila aku dapat bintang yang berpijar
Mentari yang tenang bersamaku disini
Ku dapat tertawa menangis merenung
Di tempat ini aku bertahan


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatikuAku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Suara dengarkanlah aku
Apakah aku slalu di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Kalau ku masih tetap di sini
Ku lewati semua yang terjadiAku menunggumu ouuw wooohh
Aku menunggu


Suara dengarkanlah aku
Apa kabarnya pujaan hatiku
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Suara dengarkanlah aku
Apakah aku ada di hatinya
Aku di sini menunggunya
Masih berharap di dalam hatinya


Ouuw wooohh…
Suara dengarkanlah aku


Love Lady Wanie

10 February 2011

Kerja Oh Kerja

Kerja Oh Kerja. Aku nie kalo bab kerja. Ikut je flow yang ada kat depan. Takdela rasa nak cabut lari ke nak quit ker nak nangis guling-guling ker bila xleh nak absorb dengan stress.Masa aku mula masuk kerja dulu, aku dah count yang aku kena servis 34 tahun....34??? Tapi aku rileks aje. Sebab apa? Sebab aku bersyukur sekurang-kurangnya Allah memudahkan aku untuk mendapat pekerjaan tetap disaat kawan-kawan aku lebey dahulu bekerja dan aku menganggur.

Aku paham apa perasaan orang yang menganggur. Sebab aku sendiri menganggur hampir setahun. Siap kerja ngan mak sedara aku wat kuih untuk dijual kat bazar Ramadhan. Hah? Abes tuh? Semua interview yang aku pi tak memihak pada aku. Lepas dah menganggur agak lama, aku pon pi la attend course yang Kerajaan sediakan untuk bebudak menganggur nie. 3 bulan wey. Tapi amat best sebab dia membantu kita built up kita punya personaliti dan keyakinan. Lepas 3 bulan, aku kena wat praktikal kat company pulak. 3 bulan lagi. Masa dapat kerja macam tuh pon aku dah excited gilaaaa...Gaji kecik ka apa ka...Aku dah tak heran. Asalkan nama kerja.

Dah abes tempoh praktikal, aku diabsorb as a permanent worker there. Gaji kecik jugak. Tapi adaaa aku kesahhh?? Kira nama kerja. Bukan bidang aku pon aku redah ja. Kita mesti jadi person yang macam doh tapi bukan agar-agar ok! Jadi macam doh, sebab kita sendiri yang kena sesuaikan diri dalam setiap keadaan. Jangan dok pikiaq ikut kpala hotak kita sendiri aja.

Aku sangat berterima kasih dekat orang yang nampak potensi aku iaitu MISS LIM. Dia yang bagi peluang praktikal dan dia juga yang bagi peluang untuk kerja dengan dia.

Baru ja kerja sat dengan depa, aku dah dapat offer yang memerlukan servis aku selama 34 tahun nie. Alhamdulillah. Lega dan syukur sangat-sangat. Aku penah menitiskan air mata saat kawan-kawan aku dah dapat kerja dulu.

Bila dah masuk dalam bidang nie, barulah aku sedar betapa besarnya tanggungjawab aku kepada orang ramai. Betapa mencabarnya kerja untuk memenuhi kehendak dan kepuasan public. HoHo! Mula-mula kerja, memang aku akui aku takleh nak kontrol stress dan marah. Tapi sekali tuh aku dah over marah, dada aku sakit. Ayoooo! Takot wey. Start time tuh jugak aku tobat. Kalo dah rasa marah sangat2, aku akan tunduk dan tarik nafas dalam-dalam. Dan helakan nafas tuh dengan perasaan lega. Lepas tu senyum. Hah, trus ilang rasa marah. Pikiaq secara positif setiap cabaran tuh walaupun susah. Dapatkan jugak bantuan rakan sekerja dalam mengawal emosi dan masalah. Jangan dok diam-diam dan sorang-sorang. Tubuh badan kita nie, Insya Allah nak digunakan lama. Rasanya rakan sekerja kita adalah orang yang paling memahami apa yang kita lalui,kan? Alhamdulillah aku dapat rakan sekerja yang saling membantu dan bekerjasama. Apa jua tekanan, kita rasai bersama kan?


Love Lady Wanie

Apakah Kesilapan Hangpa Dalam Hubungan?

Boleh la dirujuk melalui website ini. Selepas pembacaan melalui blog ini, penulis blog membahagikan wanita kepada dua jenis ;

Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.

Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.

So mana satukah anda? Kalo anda seorang wanita laa...Hihi...Kalo anda lelaki...Den blom wat pembacaan lagi. Aku rasa aku dalam kategori yang ketiga...Haha...mana ada yang ketiga kan? Cuba la hangpa tolong pikiaq macam mana kategori yang ketiga tu. Yela jenis xmau mengaku salah dia tapi kadang-kadang dok pikiaq macam menda tuh diakibatkan oleh dia.

Penulis blog ini jugak, menyarankan supaya kita sedar dan paham apakah tindakan hangpa sebagai wanita dalam menyebabkan hubungan hangpa gagal. Penulis blog tuh bagi 3 jenis yang penting;

Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.

Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.

Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.

Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.
Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.

Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.

Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki. Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya.

Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.

Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukan oleh wanita. Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.

Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.

Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.

Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti? Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!

Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’

Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri ingin menjadi lelaki yang lebih baik! Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?

Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.

Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.

Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.

Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan. Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.

Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.

Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.

Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.

3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan.

Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.

Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.

Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.

Harapnya artikel yang dikongsi daripada blog diatas tuh dapat la membantu kita dalam memperbaiki diri sendiri. Insya Allah. Amin.


Love Lady Wanie



09 February 2011

True Love

"Cinta Sejati Umpama Hantu, Ramai Yang Mengetahui Tapi Tak Ramai Yang Bertemu" kata-kata oleh Uncle Sam, si bapak Melur dalam slot Akasia : Tiramisu. Kiut kan crita tuh?

So apa pendapat hangpa? Adakah hangpa dah bertemu dengan cinta sejati? Atau masih mencari? Atau sudah berhenti? Mana satukah pilihan hangpa?

Tapi yang paling penting, apa maksud CINTA SEJATI itu sendiri bagi hangpa? Jom la kita kongsi sorang sikit.

Tak semua orang dapat bertemu dengan cinta sejati tue dengan segera dan tak semua orang berpeluang berjumpa dengannya jugak (apa ayat aku nie tetiba konfius jap). Dari kecik, kita dah belajaq pasai cinta sejati kan? Mana taknya kalo layan crita Fairytales Disney, kan semua berakhir dengan jumpa cinta sejati dan happily aver after. So amacam?

Apa-apa pon cinta sejati nie kita sendiri yang definisikan dalam diri, berapa luas pon definisi cinta nie pada diri kita jugak. Kalo masih bersedih tak berjumpa dengan cinta sejati, jangan buang masa. Bersyukur sajalah dengan apa yang ada. Itu yang terbaik untuk diri kita. Kan?


Love Lady Wanie





08 February 2011

Sapa Dia Geng Jahat MiSC?

Nie nak perkenalkan la sapa dia laaa Geng Jahat MiSC n apehal plak yer depa nie declared diri depa as a Geng Jahat kan?

Sapa depa nie?
Okla ahli dia yang pertama mestila Aku a.k.a Mummy, AkmaLena a.k.a Cucunda, Kulat, Azwa a.k.a Nek Rock, Imah, Noraliza and oso Ct. Pesal ek kami je ada gelaran, macam telenovela la pulak kan? Haha. Memang x patut btul la. Cisss.....

Kami nie saling berjumpa time masuk Sem 1 kat U dan ditempatkan kat Kolej MiSC a.k.a hostel. Dan kami juga dari Matriks yang berbeza. Huhu. Antara yang depa semua yang aku kenal time Matriks - Azwa (sebelah dia sebelah bilik aku.bilik aku A410,dia A411), Akma (dia roommate bespren aku, Kak Uni.so secara x langsung jadi kawan aku jugak!) and Imah (mak orang nie memang aku kenal since skolah lagi.almaklumlah tuisyen skali.Kan Imah,kan? Yang len time masuk U la.

Awat dipanggil Geng Jahat?
Sebab dia senang jaa..bila kami buat menda baik dengan niat yang baik,orang x nampak. Tapi bila kami sepakat buat jahat,hah, meneghu je tau sapa yang buat. Bukan la gila glamor tapi rasa macam x dihargai la pulak.

Apa yang kami dah buat?
Bagi kami la macam la jahat sangat dah. Tapi bagi orang len xtau la kan?

Time orientasi memang kami slalu ber-7.X kira la beratur pi makan ka, pi semayang kat masjid (jalan kaki wey,jauh lak tu.hazab!) xpun ramai2 kena dok cangak kat Dewan MAS ka...hah, memang muka kami je laa dok sebaris. Buat aktiviti untuk malam penutup orientasi pon muka kami dalam one group. Wey, ingat x kita wat persembahan apa ek? Rasanya cam orghang gila jugak kan? Haha. Kira kumpulan kami la yang paling gediks. Gediks,ok! Yela kalo x for sure semua persembahan macam tut...tut..tut je.

Lepas itu, ada la pengumuman habaq pasal sapa-sapa yang nak join Kawad Kaki. So budak-budak nie secara rela hati pon nak join la. Dengan bangganya kami 7 oghang, seawal pagi turun la tungu kat tempat parking. Hah ko! Bangun awal tuh. Ya la..nak tunjuk kat senior kan yang kami nie sangat dedikasi. Sangat la sangat ek.....Tunggu punya tunggu...xdak sapa turun...tunggu lagi..senior baru mau. Senior laki,ok! (start ari tuh memamg kami bermusuh la dengan dia. Nama apa wey?) Bila dia dah bising-bising, baru la junior yang len turun. So kami mulakan acara kawad kaki (ingat aku suka sangat ker?paling menci tau!) Lama sikit, depa pon ..depa nie senior la..mengkategorikan kami semua. Nak diceritakan, kami ber-7 nie diminta tunggu kat tepi...aku dah pahamm nieee...cel*** ko! Dengan itu, tercongok la kami seketika tengok balak2s dan awek2s yang dipilih kawad. Okies! I paham,ok! Membara je rasa hati nie. Kami yang dok tercongok seawal pagi,siap boleh buat exercise panaskan badan nie..sikit pon hangpa xtengok...xpa...xpa...Apa lagi Kulat dengan muka selamba je, bangun dan buat catwalk hala ke bilik. Dan anak-anak itik lagi 6 ekor nie pon dengan menghentak kaki terus bangun dan BLAH. Hangpa memang utang la ngan kami,kan..kan??? Nie kira titik tolak la kami buat demonstrasi secara diam. DIAM2 aje laa......

Slalunya kan junior ja asek dok jadi badut untuk kolej...lepas tuh AJK2 tuh again memaksa semua junior untuk berpoco-poco (poco2 rasanya kat padang sukan tuh). Maksudnya kena pi la. No..No...Not again,ok! Nie waktu malam tau,lepas Maghrib. Ek eleh, baik kami pi dinner lagi baguih! X kelepaq la kami nak pi. Time tuh aku dok kat bilik Azwa, tunggu dia salin baju. Nak pi makan la konon. Lepas tu nak pi bilik aku pulak, aku nak tukar baju jugak. Tengah2 dok menggediks dengaq lagu dengan kuat, tetiba dengaq siren. Btul2 depan bilik. Aku dengan x syak apa-apa nie pi bukak pintu. Hah, naaalaaaa...senior yang dibenci tu dok depan pintu wey. Aku berbaju kelawar saja! Cisss...Terjerit-jerit aku ngan Azwa. "Wey oghang tua, nie blok asrama pompuan,ok!GIRL ONLY!".

Lepas oghang tua tu blah,kami trus la pi berkumpul kat bilik utama kami (bilik Akma n Kulat laa) :) tujuh-tujuh oghang wey dok dalam bilik tuh. Konon2 sembunyi la. Haha! Tapi yang ngok nya, kasut semua dok kat luar. Tak ke pelik kasut punya la banyak dalam satu bilik. Pappp..!! Blackout la. Mangkuk btul, rupanya dia mendera lagi kami dengan tutup suis utama blok..apalagi dok dalam gelap la...Bayangkanlah 7 oghang dalam 1 bilik. Time tuh dah xhengat apa la, dendam punya pasal. Gamble aja. Apa nak jadi, jadi la. Memang PANAS n LAPAQ, ok! Dah pukul 9 malam...sesangat lapaq...Akma membekalkan kami dengan kacang. Aku pesan kat depa, "wey isap dulu kacang tuh bagi lembut, sat lagi hangpa dok krup krap krup krap pulak". Haha. Sewel. Idea mai mana la time tuh. Sabaq punya sabaq, pukul 10 kami memang wat keputusan nak keluaq dari bilik kurungan. Sebab LAPAQ ja. Dah Kebuloq.7 oghang cabut trus pi makan kat cafe jauh2 dengan niat "sat lagi terjumpa depa pulak"....naya...naya....

p/s : nie baru versi satu.nanti la pulak sambungnya. aku dah lenguh laaa....Haha!


Love Lady Wanie








Reunion II ~Geng Jahat MiSC~


Nie adalah pertemuan kedua aku dengan Geng2 Jahat nie. Okla,aku perkenalkan dulu sapa geng jahat sebenaqnya. Sabaq nooo...Geng Jahat nie ialah aku, AkmaLena (aku tulih cam Nora selalu panggil hang la wey cum Ketua Geng Jahat), Kulat, Noraliza, Nek Rock, Imah & Ct. 7 la sebenaqnya tapi sampai skang 6 sahaja yer.


Setelah beberapa tahun tak jumpa, nie baru la terjumpa. (ada sebab mengapa tak terjumpa.tapi biarla.aku taknak langsung ia diungkit.sebab kami nie dah macam sedara.aku takleh la kalo tadak Geng Jahat nie.tak lengkap rasanya).


Perjumpaan nie kami wat kat Penang (yea nie kampung laman aku tapi nie tempat terbaik ok kalo nak melepak dengan kengkawan). Best beb! Kami pi tempat mana ek...sat nak kena ingat;


1. Tengok baby Imah, Adalia. Mak Imah jamu makan kuey teow goreng.sedap wey.abes.


2. Balik umah aku kejap. Nganto lappy Fizah. Mak aku plak menjamu.Hah, apalagi menyumbat la lagi.


3. Lepas ntuh trus balik ke hotel konon nak lelap kejap tapi tak sebenaqnya...kitorang bukak bekal yang mak aku bagi n mak Imah bagi. Sambung makan!


4. Aku x hengat samada kami pi Bazar Malam kat Batu Feringhi dulu ke pegi melantak pasembur kat Gurney. Haha! Melantak lagi wey!


5. Tutup ari tuh dengan nonton midnite movie wey dkt Gurney Plaza! Terbaik dowh...!


6. Next day, kami bangun tido dengan tak awalnya...Hihi...Check out. Pi pusing Bazar Chowrasta dulu..lunch lak kat Seoul Garden. On Akma.Tq Akma! Melantak lagi! Terbaik lah makan kat cni! Better than branch kat One Utama.


7. Akma hantar balik kami ke airport. Thankss la Akma sebab jadi host kami. N oso to Nora for the G Hotel!


Apa-apapun terbaiklah melepak dengan depa nie! Sayang la hangpa!


Love Lady Wanie

07 February 2011

Cinta Pantai Merdeka @ 04.02.2011


Tropika - Cinta Pantai Merdeka

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

( korus )
Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

( 1 )
Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

( solo )

( ulang 1 & korus )




Wah, siap letak lirik lagu Cinta Pantai Merdeka lagi u...hihi...
Ari tue lepak2 kat cnie dengan kengkawan lama, Akma n Azwa. Lebey senang maksud pertemuan jejak kasih la kiranya. Actually kitorang nie dah tak berjumpa hampir 4 tahun lebey. Ntah macammana lak terputus hubungan.

Last time dah wat reunion kat Penang (ttg hal tu kena ceta kat bab len lak). Hihi.

Oleh kerana cuti CNY, maka Pantai Merdeka laa yang jadi tempat pertemuan. Yela tempat2 len cth: shopping complex, for sure dah tutup. Apalagi berkelah la kitorang. Kesana pun dah petang, konon nak menghirup udara segar aje la. Tapi bawak makanan, mak oiii....banyak bonar ko!macam nak makan satu van aje. Haha! Last2 x abes pon,kami bawak balik je. (TQ to mak Azwa sbb masak nasik lemak sedap...sambal udang dia...perghh.sedap dan pedas).

Berbalik kepada ceta Jejak Kasih nie, nanti bulan April kami nak jumpa lagi. Locationnya kat KL lak. Hihi! Best2. Tak sabo rasanya. (ceta pasal diorang nie kena dalam satu entry khas la rasanya)

Pantai Merdeka skang dah membangun, tak la macam zaman dulu. Facilitiesnya tak cukup. Skang macam2 acara dah diadakan disana. Okla.,kan? daripada takde pape. Atleast ada la tempat untuk warga @ penduduk tempatan sana nak enjoy and relaks2. (p/s : Kak Nadia...dah cantik woo...tapi pasirnya cam dah xbest cam dulu2.time kita korek pasir :) )


Love Lady Wanie 

Posted by Picasa

Anyeong Haseyo


For sure korang akan tertanya di manakah tempat ini? Nie adalah tempat makan yang menghidangkan Korean Cuisine, Ko Hyang. Kat mana ye? Locationnya kat Sunway Pyramid je. Apa lagi korang cepat2 la pegi...hihi.

Makanannya not bad la...sesuai dengan citarasa kita kita. Actually first time aku kesan wit Nuna Tana. Cik kak nie memang obses woo dengan Korean food, buktinya last time we ols pegi lunch dkt Seoul Garden, One Utama. U ols leh Google locationnye. And 2nd time, kitorg pegi nak celebrate our frenz, Akma (no picture yet!) yg datang holiday ke KL. Awekz nie pon memang obses dengan Korean food gak, sebab dia la yang taught me bout Seoul Garden tuh. Ceta cam berbelit kan? Hahaha.....




Nie lak buku menu nyer...lupa lak nak snap pic. Hihi...korang gi carik sendiri la...next to Mr. Teppanyaki and near to KFC laa..McD laa... (aku nie xpepasal wat promo lak!) So korang enjoy the pics aje la yer....Hihi!

Next time kalo ada mana-mana tempat makan yang best...roget la kat cni yer!





















Love Lady Wanie
Posted by Picasa

06 February 2011

Tiba2 Terpikir

Tiba2 terpikirkan isu nie time dok relaks dalam kete...on the way ke USM.Isu dia macam nie..Nape ek kawan2 @ individu sekeliling kita dalam DIAM ada sifat DENGKI walaupun manis mulutnya xmengatakan apa2. Bukan apa...isu nie bukan baru sekali atau sehari jadi dalam idup kita. Cuba hangpa pikiaq balik.

1. Bila kita lebey daripada depa
bila kita buat apa2 yang lebey dr depa.pasaipa laaa kat belakang kita saja depa nak cakap ka.depa kata pa.awat ek?tabiat kot. depan kita slalunya mulut nie terlebe gula.manis la sangat. tapi kalo kat belakang kita,ati tuh rasanya lagi itam dari tar kot.bukan nak kata kita nie baik sangat.tapi persoalan nie selalu bsarang kat dalam otak nie. Pasaipa la manusia nie slalu tak jujur dengan diri depa sendiri.

senang ja idup kita nie...Allah dah bagi mulut kat kita,tapi kena la cakap dengan penuh beringat. sebab idup kita kan umpama depan cermin. hari nie kita dok canang pasal orang. esok orang dok canang balik pasal kita. orang puteh cakap, what goes round, comes around. hah...mcm mana tuh?

2. Bila kita buat silap
mmm..bukan ka bila kita buat silap,org yg sedar kesilapan kita tuh kena tegur la kita elok2.patutnya macam tuh la kan?tapi la nie kan,semua orang tak berani nak teguq.tapi kat belakang orang tuh...berbaris ayat dah keluaq kan?apakata kita sama-sama amek inisiatif pi sembang ngan dia dan tegur apa yang silap.tak salah kan?tak payah la tegur dia macam tadak apa-apa.baik tak payah tegur trus laaa....

3. Apa yang kita buat, depa tak buat
haaa...kalau part nie..memang kaw-kaw la kita kena.secara berdepan ka dalam selimut ka.memang kena laaa,kadang-kadang ja manis macam kita buat nie bagus sangat.tak tau la awat sifat manusia macam nie.bukan kata kat orang len,tapi kata kat diri sendiri jugak.kena muhasabah diri.kalo orang len tak tegur,kita kena tegur diri sendiri.

apa-apa pun,menda nie bukan ada kat certain2 orang saja.rasanya semua orang ada sifat nie.setiap hari jadi.dari dulu sampai laa nie.cuma terpulang pada orang tersebut nak kontrol macam mana kn?selamat berjaya la nak perbaiki diri sendiri.Amin.

Love Lady Wanie

02 February 2011

Permata Hati Kami

Inilah permata hati kami sekeluarga besar pada tahun 2010. Kelahiran si kecik yang bernama ANNISA HUMAIRA ini sangat ditunggu-tunggu oleh pak cik dan mak cik aku. Setelah sekian lama menunggu si kecik yang memberikan pelbagai cabaran dan dugaan kepada Ummi nya sepanjang mengandungkannya, akhirnya pada 17.03.2010, si kecik ini selamat dilahirkan ke dunia ini.

Kini, si kecik inilah yang menyerikan keluarga besar ini, bermain-main dan gelak ketawa dia menghiburkan hati (sebenarnya muka baby nie sangat masham) Hahahaha......

Love Lady Wanie
Posted by Picasa

Tazkirah~Hubungan Sesama Manusia

Kreditkan Tazkirah ini kepada http://tazkirahsini.com/2010/05/30/tatacara-pergaulan-dalam-islam/

Manusia tertakluk untuk memelihara dua bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas).

Secara fitrahnya, manusia tidak boleh hidup keseorangan , seperti mana Adam a.s yang minta dijadikan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi dengan pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga. Kita saling memerlukan antara satu sama lain dan saling bergantungan untuk meneruskan survival kehidupan.
Dalam Islam, konteks pergaulan adalah cukup luas dan mencakupi segenap aktiviti harian kita seperti dalam urusan jual beli, kerja,belajar,perubatan,penyaksian di mahkamah dan sebagainya.

Kita digalakkan untuk saling mengenali antara satu-sama lain dan ini amat bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat : ayat 13 yang berbunyi ;
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Nota Cinta : Sesamalah kita menjaga hubungan sesama manusia, sepertimana kita menjaga hubungan kita dengan Pencipta kita, Allah S.W.T.
Love Lady Wani

01 February 2011

Version Collage

Posted by Picasa

Tahu Tak Dimana Nie?

Ini gambaq pertama la nooo...Almaklumlah baru dok belajaq nak membelog.
Posted by Picasa

Jalan-Jalan Takda Hal @ Pulau Pinang

Pada 29.01.2011, aku dah mula bercuti.Nah, sekali amek cuti.Seminggu teruih.Melampau kan?Ala,bukan tiap-tiap bulan pon aku amek cuti.Dalam 3 bulan sekali,aku amek la cuti lama sikit.

So on that day, adik aku yang bongsu nie, si Mimi ajak aku pi Ekspo Jom Masuk U kat PISA, Bukit Jambul. Uih...uih, tau je la kemalasan aku tahap sederhana hari tuh tapi aku gagahkan diri. Sebelum ke sana, aku singgah amek adik aku yang sorang lagi pulak kat USM. Kira PISA ngan USM nie jiran je la...tak jauh pon.

Lepas pi PISA, aku habaq kat depa. Aku nak pi Batu Feringghi. Konon nak tengok Hotel Hard Rock. Itu saja alasan yang ada. Walaupun aku nie orghang Penang, tapi seumur hidup aku, aku tak penah pi Batu Feringghi bawak keta sendiri. Malu kan...nama ja oghang Penang. Tapi aku BERJAYA okay sampai Bt. Feringghi ( memalukan sekali lagi sbb jalan dia senang sgt.xkan sesat)

Pusing-pusing. Posing-posing. Aku ajak depa balik. Tapi....sebelum tuh aku nak makan Pasembur, Char Kuey Teow ngan Ais Kacang kat Padang Kota Lama. Ala belakang Dewan Sri Pinang tuh. Mmmm..makanannya tak sampai selera aku la. Maybe sebab aku nie memang oghang Penang kot. Penah rasa makanan macam nie yang lagi sedap. Adoi...sabaq aje laa..

So kita layan aje la gambaq-gambaq yang aku bleh share kat sini...opss...aku tak leh nak haplod lak...so tunggu post yang next naaa.....


Love Lady Wanie

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...