14 April 2011

2nd day for Geng Jahat

Salam setelah beberapa hari tak berblogging, hari nie aku cuba untuk siapkan satu entri sekurangnya, walaupun ada kerja yang perlu aku buat tapi fuh, dah tak tahan la dua hari nie dengan kerja yang sangat cemburukan aku.

So kita berbalik kepada entry aku semula. Hmm, hari kedua ke Port Dickson, saja nak makan hangin beramai-ramai. Sangat eksaited (sebenarnya dalam ati aku semasa menaip nie tengah bengang tapi aku paksakan diri untuk eksaited supaya aku dapat ceta dengan gembira sekali). Awal-awal pagi kami dah bangun...opsss...awal ker? Iyer awal jugak. Around jam 10 pagi, kami dah kuar dengan menaiki kete Non Nora.. Hihi! Nora ajak kami gi tengok baby baru kawan dia, EP (yang mana kawan dia kami pon kenal jugak). :-)

Lepas kami gi umah EP, kami terus menghala ke Port Dickson. Hehe..memori sepanjang perjalanan memang terlipat dengan kemas lah kiranya. Menarik! (Can we have it again?) Berkereta berempat lagi menarik dan best. Dapat ceta macam-macam. Gelak pasal ceta lama dan apa yang jadi all the way. Sampai je Teluk Kemang, cepat je kami mencari hotel tuh. Nak rehat and tido. Tido ker?

Kami berempat stayed kat Hotel Cozzi, bersebelahan Dataran Teluk Kemang. Memang sangat cozy, dekat ngan pantai. Tu perkara terpenting! tanak jalan jauh untuk ke pantai. Pemalas! Yang bestnye kat Hotel Cozzi nie, ada sliding in pool beb! Sangat tinggi. Walaupun hotel bertaraf 1-3 bintang saja tapi rasanya baru after renovation kot. Sebab biliknya baru and accomodation bagus la jugak. Bilik ringkas je tapi sesuai la dengan plan nak tido semalaman je.

Petang tuh, kitorang turun dan mula untuk terjun kedalam air. Pegi minum-minum dulu kat gerai-gerai kat tepi pantai, hmm..tak mesra pelanggan la diorang nie. Terpikir la jugak sapa yang pelanggan, diorang ker kami? Fenin... Sesungguhnya tak pandai jaga tetamu betul la. Huhu! Dah kenyang..mulalah menghala ke tepi pantai, carik port baeekkk punya nak menyelam. Kih Kih Kih, cam pandai berenang je kan?

Perghh best gila lah bila masuk dalam laut...dan berendam. SYOK AMAT. Last mandi laut masa gi Langkawi kot rasanya bout 2 years back. Siap paksa Akma sewakan pelampung plak tuh. Ada ceta menarik la masa berendam tuh...lawak gila! Azwa yang ingat tak masa kita berdua tersekat dalam pelampung...Haha! Kedudukan yang amat tak sesuai kan? Kalo korang perasan, takde kan gambar kami kat pantai..Sebab apa? Sebab censored la!

Sampai ke senja la jugak kami berempat berendam macam badak air..opsss..bidadari air la kot! Ahakss... Plan seterusnya ialah nak terjun dalam swimming poolnya yang sangat menarik hati dari sesampainya kami kat sana. Hihi! Azwa and Nora siap naik slide lagi...Amcam korang? Nak naik lagi ker? Ahaksss..

Malam pulak, kami pergi pasar malam Teluk Kemang. So korang jangan lupa kalau ke Port Dickson hari Sabtu, malamnye ada pasar malam yer dekat sebelah Petronas tuh. Dinner kami pulak kat Nasreen Seafood, makhluk Allah punya la ramai kat sana. Mungkin semua orang tengah kelaparan kot! Kami order set untuk makan 4 orang. Hmm korang bleh la nak share sampai enam orang kot. Banyak! (aku taktau la samada cukup ke tak atau kami yang dah kenyang) Tapi tomyam putih yang dorang hidang..perghhh...berasap! Bukan dari mulut je, rasanya dari perut trus meluap asapnya. Ahaks!

Dah kenyang balik Bum Bum laaa....Next entry was about the next day! Sabar yer...I'll continue later....Daaa...

Muahs,
Love Lady Wanie






Kami di rumah EP dan bersama baby boy. Bawahnye pic kami lunch di RnR Seremban.



No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...