07 April 2011

Geng Jahat Meronggeng Rokiah ~ Day 1

Plan nie dah lama kami rancang, rasanya since balik dari meronggeng di Penang hari tuh. Dengan paksaan kami dah mintak Akma untuk mai ke Kl pulak. Okay ape, nie turn Akma untuk kesini. Hihi! Maka dengan itu, aku dan Nek Rock dah berhempas pulak la weyy untuk menyambut VIP ( nie Nek Rock yang bagi nama ok!)

Hari Khamis aku dah amek cuti, bukan apa aku baru balik dari Melaka hari Rabu, rasa badan sangat sakit. So me decided to took an one day leave. (sori ceta pasal Melaka aku blom review lagi, andaikata nak baca dulu leh melawat my best buddy nye blog, Cik Wan) Apalagi hari Khamis tuh aku bertungkus lumus la mengemas rumah, walaupun takde la kemas sangat pon. Bak komen Nuna Tana tuh, sama je. Hihi! Suko ati den la kak oiii..... I kemas guest room untuk VIP dulu :) and I kemas dapur sikit n cuci bilik air. Bukan rumah baru kan, so takdela nak tuko tetiba jadi kondo mewah plak kot...Hihi!

Malamnye Nek Rock a.k.a Azwa datang rumah...Mm..kami nie pantang jumpa...mesti akan bersembang panjang (poyos setiap minggu jumpa benonye) dan tido lewat la malam tuh (oppsss...harap maklum yer kami takde masa nak ceta pasal orang len and talk bad bout others. jangan perasan!).

Pepagi lagi...sama je cam orang nak masuk keje, kami gi amek Akma kat LCCT. Mata dua-dua orang pon kuyu je, still mamai nak nengok jalan. Tapi sangat bersemangat okay nak jumpa kawan lama, nak bergosip pasal orang, yang pasti takde masa nak kutuk orang len. Apekehalnye kitorang nie nak hengat pasal orang lain sangat kan??

Lepas amek Akma dan that time baru jam 8.30 lebey2, so aku ajak depa bekpes kat Restoran Kak Mah dekat ujung Putrajaya tuh. Makan nasik kerabu. Sedap wo..tambah-tambah ayam gorengnya. Yang pasti orang yang datang tak putus-putus la. Sentiasa ada orang. Hebat.

Cantik kan kaler nasik tuh...biru-kebiruan

Berselera tak korang?

Azwa dengan pandangan jauh nye...mesti pikir...nak kemana ek pas nie?
Oleh sebab awal lagi, Azwa pon bawak le kete pelan-pelan, bukan apa...nak pegi ukur jalan pon. Tengok la baru jam bape kan? Orang pon tak sempat nak menguap dah suruh bukak kedai. Yela macam dah nak masuk keje awalnya. Azwa pon drive la menghala ke Pusat Bandar Kuala Lumpur (nama pon bawak tourist so ayat kena ala2 tourist guide jugak). Pikir punya pikir, nak bawak kemana lah si Akma nie, dia pon jenis slalu datang Kl jugak. Adus, fonin mummy nak pikir nak oiii... "Apakata kita pi muzium ja?" Yela kita buat activity len dari yang lain... Haha! Azwa jawab "No way, hangpa dorang masuk..aku tunggu dalam keta". Akma bagi idea lagi best..."Hangpa dua orang ingat aku mai KL nie nak buat folio Sejarah kaa???" Hahaha...tak leh blah jawapannya.... Last2 decide nak ke area Bukit Bintang aje, sebab Akma nak beli kasut lain (dia pakai high heel hari tuh :) ) and aku pon nak beli kasut jugak (sebab aku dah pakai elok je ari tuh..tup..tup..kat kaki, pakai selipar toilet aje...huhu,terlupa tumpang kete orang..mana nak ada kasut sendiri dlm kete kan?). Ye la tuh kan......niat sebenar memang nak kasut kan?


Destinasi pertama kami ialah Sungei Wang, nak mencari kasut. Huhu, memang awal la kami sampai..kedai pon baru buka cikit-cikit je. So dibawah nie pitcha kami di area Bukit Bintang, Sempat la melawat Fahrenheit and Pavillion. Huhu...beli la apa yang patot...keluar masuk kedai itu and ini....
Pitcha area Bukit Bintang


Selepas kami dah berpoya-poya di Bukit Bintang, cuaca teramatlah panas. Sangat terik. Huhu... Then kami decided untuk ubah haluan jalan-jalan ke Kota Damansara pulak. Nak bawak Akma menyantap ice cream, our favour ice cream. Di Ice Room Kota Damansara, berdepan dengan Giant Kota Damansara. Hmm..sure korang pelik kan sebab asek-asek bab makan aje... Jalan sikit makan... Jalan sikit lagi makan jugak... Hihi! Dah memang niat macam tuh. Akma pon nak try makanan best aje. Jadi tadak hal laa...

So makanan yang paling disyorkan setakat nie : semua ice cream yang ada (my most favour is mango pomelo snow ice), and nasik goreng kampung...cayalah! Mantop

Abes makan, kami pegi Giant kat depan tuh. Aku nak beli vacuum untuk umah, memandangkan ada duit sikit. Tapi tangan yang gatal nie bukan setakat beli vacuum ja, dengan DVD player skali aku rembat. Amacam? Hihi.....Then balik umah...ketiga-tiga trus pengsan...Krohh...Krohh.....zzZZzz...

Dalam pukul 8 camtu Nora dah call kami, FYI Nora join lambat skit, means lepas keje...Sebab dia takleh nak apply cuti. Kami tunggu dia sampai, then trus ke Williams Kelana Jaya untuk menjamah makan malam. Memang nie a part of programme yang kami aturkan untuk Akma.

Semasa sampai disini, sebenarnya ada ceta. Masa aku ngan Azwa pegi melihat menu di papan itam pak cik William yang besaq tuh, Nora dan Akma telah terjumpa dengan satu purse yang jatuh kat situ. Maka dengan baik hatinya, Nora ingin membantu individu itu, sebab semua pengenalan individu tuh ada dalam purse tersebut kecuali nombor telefon dia. Takpela Nora, pas makan kita pegi balai polis. Ok? Maka dengan itu, kami pon menyantap la sepuas hati... sedap woooo...! Kami order Seafood Carbonara, Mozarella Pizza (kot!), Soda Herb (puas!), Ice blended ribena and teh O ais (nie Nora la yang nak..). Dari segi portion and price memang sangat berbaloi...pergghh...kenyang and sedap! Jangan lupa ye nak kesana, nie kali ketiga dah aku kesana since aku jumpa location pak cik William nie.

See....sedap kan makanan diatas?? Jangan meleleh air liur ok?
After makan, I drived back to Balai Polis Kelana Jaya, untuk pass back and lodge a report la...Tapi sekejap je, takyah lodge a report. Just tinggalkan nama, ic num and oso contact num. Itu aje. Sebab malam masih muda, that time kul 10.30 lebey kot, kami terus menghala ke Uptown Kota Damansara. Konon nak mencari DVD (yela kan aku dah beli DVD Player baru, nak wat tayangan amal la malam tu). Semasa tengah berborak sakan dalam keta, entah macammana aku bleh tertanya pasal salinan IC Nora masa kat balai polis. Dengan perasaan gelabahnya Nora menyelongkar handbag dia...Uwaaa...IC dia takde. SAH la nie tertinggal kat balai polis...Hahahaha...! Niat baik dah ada cuma terlalu baik la pulak, kena pusing ke balai polis semula. Tambah lawak, sekejap pastu polis tadi trus kol Nora, cakap IC dia ada kat sana. Namun memandangkan dah dekat ngan Uptown, maka kami pon decide untuk pusing-pusing cari DVD dlu. And suprisingly penjual DVD yang dicari tuh pon tak jumpa...Uwaaa! Macamana nak tengok midnite movie nie.

Dengan penuh kehampaan, kami pon menghala kembali ke Kelana Jaya untuk mendapatkan semula IC Nora. Huhu! Untuk hilangkan dahaga yang takde la dahaga sangat, kami pegi supper di Restoran Fariz Maju Kelana Jaya. Yeahhhh! Roti tisu satu Aney!
Muka kekenyangan dan kepoyoan dikala malam menjelma....!
Maka dengan itu, berakhirlah perjalanan hari pertama kami. Huhu, semua menda aku nak ceta sampaikan rasa dah jadi sangat panjang karangan aku nie. Harapnya hangpa semua tak boring lah nak baca yer? =)
Love Always from Lady Wanie



No comments:

Post a Comment

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...