18 April 2011

Dengki @ Cemburu?

Kali nie aku nak berkongsi tajuk artikel yang lain supaya kita dapat berubah kearah kebaikan dan membentuk individu yang lebey baik dari sebelumnya. Insya Allah. Aku sangat tertarik dengan topik dengki atau cemburu, oleh itu aku ada wat web review untuk mendapatkan maklumat atau pengisian ilmiah yang boleh dikongsi disini. Tajuk entry lebey kepada menasihati diri aku sendiri tapi kalu orang lain nak berkongsi atau absorb kepada diri sendiri lebey bagus. Sekurang-kurangnya aku berkongsi ilmu.

Pada pendapat aku, setiap individu yang dilahirkan kat dunia ini mempunyai 2 sifat diatas iaitu dengki dan cemburu. Bukan lagi "atau" sebagai ayat penyambung. Aku pun ada sifat diatas cuma yang membezakan ialah bagaimana kita mengawal atau menggunakannya untuk kepentingan individu kan? Untuk diri aku sendiri, Alhamdulillah sangat-sangat sebab bila timbulnya perasaan dengki atau cemburu aku terhadap orang lain, aku dengan segera tukarkan perasaan tu kepada sesuatu yang lebey positif. Bukan nak riak dengan diri sendiri tapi berkat ilmu yang aku belajar, aku dapat membantu dalam menjana pemikiran positif. Contoh bila seseorang itu mendapat menda yang aku nak atau mendapat menda yang baik dan dibanggakan, aku tumpang berbangga dan perasaan itu akan timbul sedikit. Tapi dengan segera aku doakan kepada Allah supaya aku dapat sesuatu yang lebey baik daripada itu dan semoga Allah memberi ruang kepada aku untuk mencapainya. Secara tak langsung perkara ini membantu aku memotivasikan diri. Alhamdulillah. Tapi perkara terpenting ialah aku berdoa supaya aku tak berprasangka terhadap perbuatan orang terhadap aku (aku patot kot wat entry pasal prasangka pulak kot,kan?), dan supaya orang yang salah sangka atau berpikiran negatif terhadap aku akan ditunjukkan arahnya. Sebab aku nie jenis yang tak berpikir panjang kecuali orang lain sebut kat aku, baru aku diam dan berfikir..."owh macam nie rupanya orang terjemah tindakan aku..", ye la samada salah atau betul tindakan aku itu. Okla jangan membebel banyak-banyak pasal diri sendiri, kang tak pasal-pasal timbul fitnah pulak. Lagi susah kan? :-)

Dari satu website aku ada terjumpa faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya perasaan hasad dengki (cuba nilaikan dengan diri kita, ada tak salah satu ke semua faktor nie?) dan faktor ini dikemukakan di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali yang disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.
Antara lain :-
  1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
  2. Merasa Diri Mulia
  3. Takabbur
  4. Ujub = takbur
  5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
  6. Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
  7. Busuk Hati
So macam mana? Ada tak perasaan ini dalam diri anda? Kalau ada, sama-samalah kita memuhasabah diri. Semoga kita menjadi individu yang lagi baik selepas ini.

Kalau merujuk bahan bacaan yang ini pulak,Tazkirah melalui Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat (kebaikan) sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu:

- Buruk sangka
- Hasad dengki
- Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya:

"Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?"

Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:

"Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata:
"Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah:
"Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi."
Yang bermaksud: "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."
Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Jangan benci membenci dan jangan hasud-menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya:
"Hai anak, hati-hatilah dari hasad dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata:
"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud (iri hati), sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:

1. Risau hati yang tak putus-putus
2. Bala yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Dimurka Allah s.w.t.
5. Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya."
Ditanya:
"Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata:
"Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud."

Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:

1) Pemerintah kerana zalim
2) Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)
3) Kepala desa kerana sombong
4) Pedagang kerana kianat
5) Orang dusun kerana kebodohan
6) Ahli ilmu kerana hasutan

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasut satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasut menghasut antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi):
"Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi."
Yang bermaksud:
"Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Wallahualam....sedikit sebanyak ilmu yang saya ingin kongsi, dalam memperbaiki diri sendiri secara khasnya. Supaya saya menjaga hati saya, (sebab mata saya kadang-kadang tak dapat dipantau, telinga saya tak ditahan dan mulut saya takleh didiamkan) tapi hati saya perlu dirawat supaya bersih dan tidak berkarat. Insya Allah.

Love Lady Wanie
 



3 comments:

  1. Hanya doa yg mampu pohon minta dijauhi dari hasad dan dengki orang2. yang x mensyukuri rahmat Nya

    ReplyDelete
  2. salam..nice entry one..i follow..follow me back ok?

    ReplyDelete

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...