11 September 2011

My Mum's Note

Semalam aku ada terbaca Notes mak aku di FB miliknya. Kelas kan mak aku?? Seb bek la dia tak reti nak memblog, kalo tak ada je blog sendiri. Ahaks. Tulisan mak mengenai Arwah Ibu Mertuanya a.k.a Tok aku. Since hari Isnin yang lepas, jiwa aku dah tenang dan aku bisa maintain segala bagai lagi. Tapi sementelah aku membaca hasil tulisan mak aku tu. Jiwa aku kembali sebak dan merusuh. So here I want to share with uols my mum's note.

Kepergian yang tidak akan kembali lagi.. :'(

by Noraini Aziz on Sunday, September 11, 2011 at 9:25pm
 
Alfatihah...hari ni hari ketujuh perginya arwah ibu mertuaku,moga2 d tempatkan d kalangan org yg beriman.Cemasnya kami dah mula berkurang setelah selesai buat tahlil,tapi sunyinya mula terasa.kalau dulu kita selalu d ingatkan berbaktilah selagi org tua masih hidup,,sekarang baru aku faham betapa kalimat itu mula mencengkam lubuk hati.tapi ya Allah ya Tuhanku yg maha Besar ,aku tak lupa menghadiah pahala dari ayat2 suci yg aku baca.Betapa indahnya Islam,w/pun kita telah kembali pada yg maha Esa tapi org yg masih hidup dpt menghadiahkan sesuatu w/pun d alam yg berbeza.

Ibu mertuaku tidak sihat dari bulan Februari lagi,tapi d akhir2 ini kesihatannya makin merosot,dia yg paling tua d kampung ini.Kawan2nya telah lebih dulu pergi menghadap Ilahi,aku jadi tak keruan
.Aku yg paling rapat dgn ibu mertuaku sebab pernah tinggal bersama,dan perkahwinan kami juga adalah pilihannya.Setelah aku melahirkan anak perempuan sulung,bukan main gembira lagi arwah sebab dia mempunyai 5 anak lelaki dan seorg anak perempuan yg telah pergi lebih dulu mengadap Ilahi.Bukan main sayang lg dia pada Hazwani,mula d belikan barang kemas,spt rantai,gelang kaki,gelang tangan dan cincin.Setiap minggu dia akan pergi ke pekan K.Batas utk membeli baju utk Wani.

Saat dia nazak ,aku jadi tak keruan.Tak tergamak rasanya melihat dia menanggung kesakitan.Tapi kita masih ada Allah yg Maha Besar utk. Memohon pertolongan.Aku mula berdoa...Ya Allah ya Tuhanku dari engkau kita dtg dan padamu kita akan kembali.Ringankan lah penderitaan yg d tanggung oleh nya.Jika telah sampai masa engkau akan menjemput utk mengadapMu ,kami reda.

Pada tanggal 7 Syawal dia telah d jemput Ilahi.Amat besar kasih sayangnya pada anak2 dan cucu kerana mengizinkan kami menyambut raya dlm suasana gembira. Apa lagi pada aku dan suami yg akan menunaikan Fardhu Haji , tidak lama lg.Ada sesuatu yg kebetulan pd haji kami kali ini,dia meninggal pada 5 September dan kami akan bertolak pada 5 Oktober dan Wukuf pada 5 November.

Aku ingin merakamkan t/kasih pd suamiku,biras2ku,Faridah,Siti,Sedi,Hasim,Ramli dan Bina yg tak jemu2 melayan kerenah ibu mertuaku.Moga d balas kebaikan dan kebajikan oleh Allah.
Ibu mertuaku yg ku anggap mcm ibu sendiri,bersemadilah dgn aman hingga hari d bangkitkan kelak....Amin... Al Fatihah...

Saat ini mutiara itu jatuh lagi buat kesekian kalinya.

Love,
Wanie

1 comment:

  1. Alfatihah!... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman... amin!... jgn ditangisi yg sudah pergi... kerana dia sudah dapat bahagiannya... kita yang masih hidup.. perlu teruskan kehidupan kerana kita tidak tahu bila saatnya kita akan pergi....

    ReplyDelete

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...