Aku dah tiada daya lagi untuk turunkan dinding yang semakin mencakar langit itu.
Aku juga tiada kuasa untuk menghalang dinding itu naik sehingga menjunjung langit.
Sebab aku sendirian.
Bukan aku tak resah dan gelisah mengenang pandangan aku yang semakin dihalang.
Namun aku hanya mampu untuk berserah kepada Allah sahaja untuk mengatur rentak dan langkah perjalanan kami ini.
Rahsia itu tetap akan aku simpan
Demi menjaga keutuhan dinding itu
Walaupun dinding hati aku sendiri yang semakin retak
Demi menjaga hablun minannas
Wahai dinding
Tiada apa yang ingin aku katakan
Cuma ucapan terima kasih
Atas pembangunan tanpa henti ini.
Hazwani
No comments:
Post a Comment