Semalam tetiba je aku rasa rindu. Owh rupanya aku rindukan Arwah Tok. Dah masuk 2 minggu rupanya Arwah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Iya, sebagaimana mimpi semalam yang aku rasakan. Memandangkan aku jenis pandang dari sudut positif dulu maka kekadang aku ada perasaan pertikaian, aku cepat-cepat istighfar. Semoga aku berada dalam lindungan Allah dan dijauhi dari gangguan syaitan yang direjam. Amin.
Aku pasti sekali aku dan sedara-mara merasai perasaan rindu ini. Aku terbayangkan saat aku peluk dia wat terakhir kali dalam dakapan aku ketika Arwah dimandikan. Aku dapat merasai lagi sentuhan aku pada dia yang terakhir. Ntah, berat sekali perasaan itu walaupun aku telah redha sepenuh hati. Masakan tidak, aku membesar dibawah perhatian Arwah sejak kecil. Dari aku mula mengenali erti dunia sehingga aku berdiri diatas bumi Allah ini. Syukur. Memandang wajah tenangnya ketika itu mengembalikan aku ke dunia zaman kecil aku. Memandang wajah yang selama ini menatap aku, tidak dapat lagi melihat mata coklatnya. Melihat jemari dan tangannya yang mengasuh aku, memegang aku, & menyuapkan makanan kepada aku. Sejuk dan dalam keadaan qiam. Melihat kakinya, mengingatkan aku betapa gigihnya Arwah dimasa mudanya, membawa aku jalan-jalan ataupun menghantar dan mengambil aku mengaji Al-Quran setiap hari tanpa rasa jemu.
Disaat Arwah tidak berdaya dan tidak jelas pandangan, dia hanya meraba tangan aku untuk memegang rantai tangan, yea Arwah akan pantas kenal daripada rantai tangan sahaja. Itu sebab aku tak menukar rantai tangan sejak Arwah sakit. Aku risau Arwah takkan mengenali dan mengetahui kehadiran aku. Tapi demi kuasa Allah, aku terima seadanya pada masa tersebut.
Melihat airmata sedara-mara aku, aku juga tidak mampu menahan tangis itu. Aku antara orang yang terakhir mencium Arwah sebelum dikafankan sepenuhnya. Airmata aku takleh berhenti. Masa aku nak cium Arwah, aku dengan suara tegas mak aku, "Make sure airmata tak kena pada Tok. Nanti hang akan hurt dia.". Yes I know! Aku tak bisa tahan okay airmata itu walaupun aku berlagak tenang. Mengingat Arwah sudah cukup itu menitiskan mutiara ini.
Ya Allah Ya Rabbi, Kau tempatkanlah beliau bersama Umat2 Mu yang beriman. Amin. Al-Fatihah.
Love,
Wanie
No comments:
Post a Comment