28 April 2011

Bubba Gump Shrimp Co. @ Sunway Pyramid

Hari Rabu lepas, aku dah mengajak Nuna Tana dan Puteri Fizwan untuk lunch di Bubba Gump Shrimp, Sunway Pyramid. =) almaklumlah ada rezeki lebey sikit je... Alhamdulillah. Dah lama sebenarnya aku baca blog review pasal restoran nie, cuma nak pegi tuh ye ngan idak aje. Bukan ape, kena ukur jugak dari segi kewangan or masa yang sesuai ke tak. Hihi!

So kepada sesiapa yang belum mencuba makan disini, anda adalah disyorkan ye. Memang puas la meratah udang sebab besaqqqq and fresh. Sedappppp....~~nyum...nyum... Then lets the pitca do the work! Adios..










Love Lady Wanie

27 April 2011

Serai @ Empire Shopping Gallery

Anda semua adalah disarankan untuk makan kat sini tau. Really2 nice and sedappppp oii....! Berry pavlova is a MUST TRY!

Location : Empire Shopping Gallery, Subang Jaya













Isteriku Zulaikha - again-

Semalam time aku sampai umah, aku trus on TV dan ntah nape aku turn to channel 9. Ops, ada ulangan Isteriku Zulaikha. My favour telemovie. Ntah nape ye aku ske sangat ceta nie..... Musykil~~ Tapi ceta nye cam lain sikit la.. ada perubahan ke? Edit again ke? Ke aku sorang je yang sedar? Ke aku je pikir ntah pape...? Serasa aku masa aku nonton for the 1st time, takde pulak aku terlelap...Huhu (tak puas hati nie). Can anybody explain it to me? Yang pasti my favour song pun tak de =( Penakut by Yuna. Huhu! So kesimpulannya semalam feeling aku tak sampai la sebab lagu tuh takde =(




 Love Lady Wanie

25 April 2011

Dipimpin atau Memimpin. Yang Mana Satukah Anda?

Dipimpin atau memimpin. Mana satukah sikap anda? Atau korang ada kedua-dua sikap sekaligus. Dalam diri aku, yang aku sedaq la kan? Since dari zaman sekolah lagi, aku suka dipimpin. Sesuai dengan identiti seorang perempuan kan? Aku agak kurang berbakat dengan sikap atau kemampuan untuk memimpin. Walaupun dizaman sekolah aku pernah jadi Ketua Kelas atau Pengawas, namun ciri-ciri tersebut tidak ada dalam diri aku. Sehinggalah aku masuk ke dunia pekerjaan sekalipun, aku masih tidak menggemari sikap atau ciri-ciri memimpin. Aku lebih suka menjadi anak buah dalam bahasa yang mudah.

Macammana pulak dengan korang?



 Sifat Pemimpin nie sebenarnya lahir sejak kecil lagi? See pitcha diatas, walaupun anak itu masih kecil tapi mampu untuk memimpin saf dewasa. Jangan lihat dari sudut kelayakan sebagai Imam tapi lihat dari kemampuan diri dia. Tak kira siapa pun orang itu, andainya dia berbakat, bakat itu bisa dilihat sejak kecil lagi.

Pemimpin yang berkarisma pula adalah individu yang berjaya mengawal dan meletakkan semua individu dibawah kawalannya. Kalau refer kepara persekitaran pekerjaan kita, bos kitalah yang mempunyai sifat itu. Mampu meng"adapt" semua emosi, perasaan, tingkahlaku dan sifat pekerja dibawahnya. Aku tidak mempunyai kemampuan sebegitu.


Yang dipimpin nie kebiasaannya pekerja atau anak buah la kan? See ilustrasi diatas nie. Lawak kan? So yang mana satukah anda? Atau kedua-dua sifat anak ada? Hmm..sebenarnya kita ada kedua-dua sifat kan? Cuma mana yang paling menguasai kita kan? Sebab kita mungkin telah memimpin adik-adik kita dan bakal memimpin anak-anak kita setelah kita dipimpin oleh ibu ayah kita satu masa dulu. Pimpin itu lebih dulu lahir dan dipupuk dalam keluarga kita sendiri. Insya Allah. Ini adalah pendapat saya, anda bagaimana?

Love Lady Wanie


24 April 2011

Junior Masterchef Australia

Salam. Hangpa semua nonton tak rancangan nie? Subhanallah, sangat berbakat kan budak-budak kecik nie. Bangganya aku kalau aku jadi mak depa nie kan? Iye la anak yang sangat pandai memasak, dah kira tahap chef la kan? Sedangkan aku skang nie pun bukan reti masak sangat. Hihi, kantoi!

Logo rasmi rancangan nie
Juri-juri rancangan nie ialah Matt, George, Gary dan Anna yang mana sangat pandai komen dan mengambil hati budak-budak nie. Mimik muka, gaya dan percakapan depa dah buat budak-budak tuh bersemangat nak bersaing sesama sendiri untuk masak. :) Aku nie since rancangan nie bersiaran setiap Ahad pukul 8.00 malam kat channel 711 (opsss...semalam last episodnye. Tapi jangan riso Astro kan? Sure ada ulangannya), setiap Ahad je kalau keluar kemana pun aku mesti akan balik sebelum jam 8.00. Penangan rancangan realiti nie punya pasal.

George, Anna, Gary dan Matt
Kat bawah nie la pitcha 12 budak a.k.a peserta yang terpilih untuk merebut title Junior Masterchef. Syok dengaq bila Matt panggil depa nie, "My Little Cheflings". Comey aje panggilan tuh. Memang budak-budak nie tersangat la berbakat, setiap ujian either Invention atau Pressure, budak-budak nie memang dengan senang saja bleh mengatasinya. Hebat kan? Masakan yang dimasak pun bukan macam kita masak, tahap hotel la. Terpegun aku setiap kali tengok depa masak. First time aku tengok rancangan nie pun aku dah terkesima, cara depa pegang pisau untuk memotong bahan-bahan pun dah tunjuk yang depa nie sangat berbakat. Macam mana laa yer mak bapak depa ajar? Anak-anak kecik nie dah sangat pandai masak.

Nie la peserta kiut miut tuh...12 orang
Memandangkan semalam adalah last episode (harus paham ye rancangan nie tahun lepas bersiaran di Australia ye), sure la dah ada pemenang. Pemenangnya ialah Isabella (my favour contestant). Isabella harus bersaing dengan Jack (nie pun sangat kreatif orangnya).

Junior Jack dan Junior Isabella
Pitcha dibawah nie adalah pitcha dua beradik kembar yang totally tidak seiras. Hihi! Isabella dan Sofia. Kedua-duanya sangat berbakat dan sangatttt pandai masak. Kalau hangpa nak tengok resepi yang depa masak, boleh refer kat sini : Resepi Junior Masterchef Australia. Aku pun berdoa supaya satu hari nanti aku dikurniakan anak macam depa. Sangat berbakat dan memang beruntung la mak dia, sebab mak dia tak payah masak. Hihi! Ye la dah anak dua anak yang rajin dan suka masak kan? Macam tuh nanti....Hmm.. Anak orang lain since 3 tahun orang nganto ke nursery ke montesori ke...Aku nak nganto anak aku ke kelas masakan laaa... Ahaksss. So bila balik keje nanti? "Mummy....kakak dah masak.". Hah! Tak ke lega kauuu... Tak payah masak gitu. Dah ada anak dok masak. Hihi!

Junior Sofia dan Junior Isabella. They are lovely rite?

Love Lady Wanie

22 April 2011

Just Go With It

Go to fullsize image
Just Go With It

Teraju utama dalam ceta nie ialah Adam Sandler dan Jennifer Aniston (kedua-dua pelakon yang aku suka!). Memula ingatkan ceta nie cam slow dan tak menarik tapi ada ofcmet cakap ceta nie menarik. So layanz la jugak... Hihi!

Kalau korang jenis suka komedi, yes korang ada hak untuk melayan ceta nie.


Love Lady Wanie

21 April 2011

Coach

Sejak dua menjak nie mata aku asek2 terpandang handbag COACH aje (walaupun dalam keadaan berpinar-pinar nie). Yela si cousin aku pon asek mencucuk je oppsss memujuk...sebab dia kan pakai Coach. Jadinya macam selang sehari aku lalu lalang depan Butik Coach di Empire tuh. Huhu.

Oleh kerana aku ada sedikit masa yang boleh digunakan untuk MELUANG, so aku ada wat blog review bagi sesiapa yang berminat dengan handbah Coach tapi tak mampu nak beli di butik sebab so exclusive. Jadi korang leh bli online (kalau la tak silap price pon rendah sikit la dari butik sedia ada di Malaysia. Maaf kalau salah sebab baru review je blom memiliki). But dont worry dengan yakin sekali, semua produk yang dipromote tuh adalah ORIGINAL. Antara blognya are;


Bukan setakat Coach aje, jenama lain pon berlambak jugak. Setakat nie takde lagi pattern yang saya tengah usha sepenuh hati tuh. Huhu...(ada la jugak memanjang rasa isi hati nie kat mak tapi dapat jawapan sentap aje!).


Memang cuci mata yang amatttt la kiranya, dapat usha dan belek pon dah cukup. Haha! Bila la saya ada lebihan wang yang tak digunakan untuk dilaburkan demi masa depan nie?
Coach Signature Sateen Carly - Black 15250, 820, Carly Collection, Coach
Coach Signature Sateen Carly - Black
Coach Madison Leather Sophia Satchel - Mahogany 15960, 1050, Madison Collection-Sophia, Coach
Coach Madison Leather Sophia Satchel - Mahogany

Coach Madison Chainlink Wristlet - Purple Multi 44184, 220, Madison Collection, Coach
Coach Madison Chainlink Wristlet - Purple Multi 44184
Inilah antaranya yang cam menarik je hati... Hihi! Takpela yang penting kita berazam dan tak salah kan untuk berangan? :)

Love Lady Wanie

Muzium Tentera Darat Port Dickson

Hari ketiga Geng Jahat di Port Dickson dimulakan dengan MANDI LAUT....eksaited seh. Memang kali nie aku dan kawan-kawan dah tak kira nak rentung ke burn ke..cam melepaskan gian la dengan mandi laut. Sadly there's no pix at all. Sebab abes mandi laut, kami mandi kolam plak (a week after baru sedar yang muka saya dah burn....alamakkk...garing seh!).

Kul 12.00 tengahari dah kena check out. Sempat la mandi, berkemas dan camwhoring dulu sesama kami. Enjoy la our pix kat bawah nie nanti ye. On the way back kami sempat singgah di Muzium Tentera Darat Port Dickson lagi (at last singgah gak muzium). Cuaca sangat la terik dan panas. Selama nie dok lalu je depan tuh tanpa ada keinginan untuk singgah tapi kali nie atas ajakan Nora, kami semua singgah kesana. Hihi! Tiada bayaran masuk yang dikenakan tau. Just give a time la untuk pusing-pusing kawasan itu. Banyak objek a.k.a kenderaan yang boleh anda semua bergambar. Tak salahkan untuk bersifat a bit patriotic kan? Hihi!

Selepas itu kami direct aja ke LLCT untuk said bye-bye to Akma. Sekejap aja kan masa berlalu...Huhu! Missed that moment soooo much. Best tau bila bergila dengan kengkawan nie. Geng Jahat yang join PD ari tuh, me sangat missed laaaa...Rasa cam nak gi cuti-cuti lagi. Amacam? :)

Di pantai lain..juz untuk amek gambaq aje
Dalam bilik dan aksi gedix!

Paling suke dengan pic yang tengah nie. Siap wat wallpaper lagi Uuuuuu.... @ Muzium Tentera Darat

Love Lady Wanie



19 April 2011

Apa Dalam Handbag Tue?

Semalam berchatting dengan Kak Nai, dia dah bagi kepada aku idea yang best iaitu selongkar handbag aku sendiri. Hihi! Thanks Kak Nai. Aku dah review blog Kak Nai and she also wrote about the same thing. Nice!

Apa yang ada dalam handbag aku agaknya ye? Hmmm memang sangat berat tau tak...Hihi, cam galas batu aje. Ntah pape kan aku nie.... Wat masa nie aku masih menggalas handbag hadiah dari Nuna Tana & Puteri Fizwan. Love it soooooo much! Thanks ye kakak berdua..... Muahsssss! Now aku nak reveal satu persatu ;

1. Purse
 - Purse nie jugak adalah hadiah daripada Puteri Fizwan, Adik Ct Lantern & Kak Sumi a.k.a Sue sempena hari lahir aku. Nice! Selagi boleh pakai memang aku akan pakai....Hihi! Sayang woiii...nie tanda orang sayangkan kita, dan kita pon for sure la sayangkan depa jugak. Skang purse aku tuh berbau sangat wangi rasanya ada la tuh perfume aku yang dah tertumpah. Ahaksss....!
Purse Bonia kesayangan hati.....
2. Dompet Nyonya
- bila tiba masa malas dan selekeh aku, memang dompet syiling nie lah yang akan aku usung kesana sini. Ntah pape punya tahap selekeh la...dengan makan kena habesss tudung..pakai selipar Jepun. Dah macam ape lak rupa aku (opsss terbebel pasal lain pulak). Dompet syiling Nyonya nie aku beli masa cuti2 Penang ngan Cik Nora & Cik Akma tahun lepas. Tahan kan? walaupun berbulu sikit-sikit. :) 
Dompet syiling purple yang kekadang berat amatttt..tapi bila kosong, dah macam kain buruk plak...
 3. Kipas Tangan
- kipas nie memang aku bawak hari-hari kecuali aku tukar handbag laaa...Huhu! Kipas nie pun dibeli masa di Batu Feringghi jugak. Kak Nai...see sama kan isi kandungan handbag kita....Ada kipassssss! Harap maklum ye aku sangat tidak tahan dengan cuaca panas, walaubagaimanapun umah aku takde aircond..uiks, apa relevannya aku ceta nie .... !#$$ fenin!
Kipas tangan yang bersulam
 4. Dokumen penting
- Nie pon dokumen-dokumen penting yang aku bawak. Hmmm...hal nie malas nak ceta korang just tengok cukup la. :)
Empat ini sangat penting woooo!
 5. Cermin mato
- Nie cermin mata muroooh je kak! Bukan Fendi mahupun Affendi. Tapi cukuplah nak melindungi mata aku dikala kepanasan yang melampau. Hihi!
Cerminnya kaler grey gitu!
 6. Gadjet
- Barang-barang yang korang WAJIB jumpa lah kalo korang selongkar handbag aku.... Yang pertama mestilah charger iPhone aku...Hmm, kalo tak bawak...tak dapek den nak kobarkan laa...susah laaa haiii... Then broadband aku, nie pon penting gak.... Nak main games kat FB aje. Rasa nak sekeh tak? Yang kecik dua tuh thumbdrive aku tapi dah lama sangat tak guna dua-dua tuh. Yang kaler biru tuh aku beli dari tahun 2002/2003 gitu. Masih boleh digunakan lagi? Amacam? Tahan lama tak? Ada hati nak hadiahkan aku External Hard Disk tak? Hahahaaaa.......
Kalo takde...tak tau laa...takleh nak ber iPhone laa
 7. Barang gurly-gurly
- Dequadin mesti ada dalam handbag tapi bukan la aku makan hari-hari tau. Juz bila rasa tekak tak selesa aje atau nak jumpa orang, mana tau mulut berbau hamis ke kan? Ahaksss... Yang dalam tiub tuh Lotion tangan aku Crabtree & Evelyn, hadiah dari cousin aku tahun lepas (korang sedar tak banyak barang aku adalah hadiah..Hihi! Budak manja kan? Pukkkkk...sepuk kepala nie arr..perasan je) & satu lagi Lip Balm Strawberry dari Bodyshop, thanks to Akma sebab bagi aku try hari tuh. Skang mummy dah beli sendiri...sedap rasa strawberry.....
I love orange, strawberry and roses!
8. Barang caca-marba
- Yang sampingan, aku ada pen untuk menulih dimasa-masa genting. Juga ada nail cutter... berat gak besi nie sebab beso sikit. Ntah tapi aku tetap bawak. Yang dalam bekas tuh bukan pregnancy test tau tapi jangka suhu. Mana tau kalau-kalau aku demam ke kan? Badan aku nie panas sikit dari orang lain. Maybe sebab aku HOT sangat kot. Dushhhhh....! Jangan perasan lagi Wanie. 

Nie la barang sampingan yang menyemak handbag aku.
Love Lady Wanie

18 April 2011

Dengki @ Cemburu?

Kali nie aku nak berkongsi tajuk artikel yang lain supaya kita dapat berubah kearah kebaikan dan membentuk individu yang lebey baik dari sebelumnya. Insya Allah. Aku sangat tertarik dengan topik dengki atau cemburu, oleh itu aku ada wat web review untuk mendapatkan maklumat atau pengisian ilmiah yang boleh dikongsi disini. Tajuk entry lebey kepada menasihati diri aku sendiri tapi kalu orang lain nak berkongsi atau absorb kepada diri sendiri lebey bagus. Sekurang-kurangnya aku berkongsi ilmu.

Pada pendapat aku, setiap individu yang dilahirkan kat dunia ini mempunyai 2 sifat diatas iaitu dengki dan cemburu. Bukan lagi "atau" sebagai ayat penyambung. Aku pun ada sifat diatas cuma yang membezakan ialah bagaimana kita mengawal atau menggunakannya untuk kepentingan individu kan? Untuk diri aku sendiri, Alhamdulillah sangat-sangat sebab bila timbulnya perasaan dengki atau cemburu aku terhadap orang lain, aku dengan segera tukarkan perasaan tu kepada sesuatu yang lebey positif. Bukan nak riak dengan diri sendiri tapi berkat ilmu yang aku belajar, aku dapat membantu dalam menjana pemikiran positif. Contoh bila seseorang itu mendapat menda yang aku nak atau mendapat menda yang baik dan dibanggakan, aku tumpang berbangga dan perasaan itu akan timbul sedikit. Tapi dengan segera aku doakan kepada Allah supaya aku dapat sesuatu yang lebey baik daripada itu dan semoga Allah memberi ruang kepada aku untuk mencapainya. Secara tak langsung perkara ini membantu aku memotivasikan diri. Alhamdulillah. Tapi perkara terpenting ialah aku berdoa supaya aku tak berprasangka terhadap perbuatan orang terhadap aku (aku patot kot wat entry pasal prasangka pulak kot,kan?), dan supaya orang yang salah sangka atau berpikiran negatif terhadap aku akan ditunjukkan arahnya. Sebab aku nie jenis yang tak berpikir panjang kecuali orang lain sebut kat aku, baru aku diam dan berfikir..."owh macam nie rupanya orang terjemah tindakan aku..", ye la samada salah atau betul tindakan aku itu. Okla jangan membebel banyak-banyak pasal diri sendiri, kang tak pasal-pasal timbul fitnah pulak. Lagi susah kan? :-)

Dari satu website aku ada terjumpa faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya perasaan hasad dengki (cuba nilaikan dengan diri kita, ada tak salah satu ke semua faktor nie?) dan faktor ini dikemukakan di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali yang disimpulkan sebab-sebab yang menimbulkan perasaan hasad dengki tersebut.
Antara lain :-
  1. Perasaan Permusuhan dan Kebencian
  2. Merasa Diri Mulia
  3. Takabbur
  4. Ujub = takbur
  5. Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
  6. Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
  7. Busuk Hati
So macam mana? Ada tak perasaan ini dalam diri anda? Kalau ada, sama-samalah kita memuhasabah diri. Semoga kita menjadi individu yang lagi baik selepas ini.

Kalau merujuk bahan bacaan yang ini pulak,Tazkirah melalui Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat (kebaikan) sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu:

- Buruk sangka
- Hasad dengki
- Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya:

"Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?"

Jawab Nabi Muhammad s.a.w.:

"Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata:
"Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah:
"Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi."
Yang bermaksud: "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."
Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.


Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Jangan benci membenci dan jangan hasud-menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya:
"Hai anak, hati-hatilah dari hasad dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata:
"Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud (iri hati), sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:

1. Risau hati yang tak putus-putus
2. Bala yang tidak berpahala
3. Tercela yang tidak baik
4. Dimurka Allah s.w.t.
5. Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya."
Ditanya:
"Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata:
"Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud."

Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
"Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:

1) Pemerintah kerana zalim
2) Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)
3) Kepala desa kerana sombong
4) Pedagang kerana kianat
5) Orang dusun kerana kebodohan
6) Ahli ilmu kerana hasutan

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasut satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasut menghasut antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi):
"Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi."
Yang bermaksud:
"Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Wallahualam....sedikit sebanyak ilmu yang saya ingin kongsi, dalam memperbaiki diri sendiri secara khasnya. Supaya saya menjaga hati saya, (sebab mata saya kadang-kadang tak dapat dipantau, telinga saya tak ditahan dan mulut saya takleh didiamkan) tapi hati saya perlu dirawat supaya bersih dan tidak berkarat. Insya Allah.

Love Lady Wanie
 



14 April 2011

Apa itu Muhrim dan Mahram?

Ramai antara kita terkeliru antara Muhrim dan Mahram, apabila aku membuat pembacaan, hati aku tertarik untuk mencombinekan (wah bahasa yang teruk) bahan-bahan bacaan aku nie. So Insya Allah kita akan berkongsi serba sedikit, kalau aku salah dalam perkongsian ini. Harapnya dibetulkan.

Pertama sekali, Muhrim = Mahram iaitu ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu :-
  1. Larangan kekal (Muabbad) = larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.
  2. Larangan sementara (Muaqqat) = larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.
Reference dari : Wikipedia

Melaui Suite101, maksud yang dikongsi ialah A mahram is a person who can never marry the person for whom they act as a guardian. The sole job of the mahram is to protect and maintain the person they are guarding. Dan siapa yang boleh serve as a Mahram? According to a hadith from Al-Bukhari, a man can serve as mahram to an array of female family members. A man can serve as a mahram to his mother, grandmother, daughter, granddaughter, sister, aunt, grandaunt, niece, grandniece, his father's wife, his wife's daughter and his mother-in-law. In addition, a Muslim man can also serve as a mahram for his foster mother (the one who nursed him), foster sisters, and any other foster relatives. Foster relatives are similar to the above mentioned blood relatives, according to the Prophet (Peace be upon him*) who said, "What is forbidden by reason of kindship is forbidden by reason of suckling." (Al-Bukhari).

Love Lady Wanie







2nd day for Geng Jahat

Salam setelah beberapa hari tak berblogging, hari nie aku cuba untuk siapkan satu entri sekurangnya, walaupun ada kerja yang perlu aku buat tapi fuh, dah tak tahan la dua hari nie dengan kerja yang sangat cemburukan aku.

So kita berbalik kepada entry aku semula. Hmm, hari kedua ke Port Dickson, saja nak makan hangin beramai-ramai. Sangat eksaited (sebenarnya dalam ati aku semasa menaip nie tengah bengang tapi aku paksakan diri untuk eksaited supaya aku dapat ceta dengan gembira sekali). Awal-awal pagi kami dah bangun...opsss...awal ker? Iyer awal jugak. Around jam 10 pagi, kami dah kuar dengan menaiki kete Non Nora.. Hihi! Nora ajak kami gi tengok baby baru kawan dia, EP (yang mana kawan dia kami pon kenal jugak). :-)

Lepas kami gi umah EP, kami terus menghala ke Port Dickson. Hehe..memori sepanjang perjalanan memang terlipat dengan kemas lah kiranya. Menarik! (Can we have it again?) Berkereta berempat lagi menarik dan best. Dapat ceta macam-macam. Gelak pasal ceta lama dan apa yang jadi all the way. Sampai je Teluk Kemang, cepat je kami mencari hotel tuh. Nak rehat and tido. Tido ker?

Kami berempat stayed kat Hotel Cozzi, bersebelahan Dataran Teluk Kemang. Memang sangat cozy, dekat ngan pantai. Tu perkara terpenting! tanak jalan jauh untuk ke pantai. Pemalas! Yang bestnye kat Hotel Cozzi nie, ada sliding in pool beb! Sangat tinggi. Walaupun hotel bertaraf 1-3 bintang saja tapi rasanya baru after renovation kot. Sebab biliknya baru and accomodation bagus la jugak. Bilik ringkas je tapi sesuai la dengan plan nak tido semalaman je.

Petang tuh, kitorang turun dan mula untuk terjun kedalam air. Pegi minum-minum dulu kat gerai-gerai kat tepi pantai, hmm..tak mesra pelanggan la diorang nie. Terpikir la jugak sapa yang pelanggan, diorang ker kami? Fenin... Sesungguhnya tak pandai jaga tetamu betul la. Huhu! Dah kenyang..mulalah menghala ke tepi pantai, carik port baeekkk punya nak menyelam. Kih Kih Kih, cam pandai berenang je kan?

Perghh best gila lah bila masuk dalam laut...dan berendam. SYOK AMAT. Last mandi laut masa gi Langkawi kot rasanya bout 2 years back. Siap paksa Akma sewakan pelampung plak tuh. Ada ceta menarik la masa berendam tuh...lawak gila! Azwa yang ingat tak masa kita berdua tersekat dalam pelampung...Haha! Kedudukan yang amat tak sesuai kan? Kalo korang perasan, takde kan gambar kami kat pantai..Sebab apa? Sebab censored la!

Sampai ke senja la jugak kami berempat berendam macam badak air..opsss..bidadari air la kot! Ahakss... Plan seterusnya ialah nak terjun dalam swimming poolnya yang sangat menarik hati dari sesampainya kami kat sana. Hihi! Azwa and Nora siap naik slide lagi...Amcam korang? Nak naik lagi ker? Ahaksss..

Malam pulak, kami pergi pasar malam Teluk Kemang. So korang jangan lupa kalau ke Port Dickson hari Sabtu, malamnye ada pasar malam yer dekat sebelah Petronas tuh. Dinner kami pulak kat Nasreen Seafood, makhluk Allah punya la ramai kat sana. Mungkin semua orang tengah kelaparan kot! Kami order set untuk makan 4 orang. Hmm korang bleh la nak share sampai enam orang kot. Banyak! (aku taktau la samada cukup ke tak atau kami yang dah kenyang) Tapi tomyam putih yang dorang hidang..perghhh...berasap! Bukan dari mulut je, rasanya dari perut trus meluap asapnya. Ahaks!

Dah kenyang balik Bum Bum laaa....Next entry was about the next day! Sabar yer...I'll continue later....Daaa...

Muahs,
Love Lady Wanie






Kami di rumah EP dan bersama baby boy. Bawahnye pic kami lunch di RnR Seremban.



12 April 2011

Rindunya nak kongsi

Dah lama kan aku tak hapdet blog yang sebetul2nya ..... Huwaaa! Rindu nie, jeles tengok orang len sempat nak tulih and share memacam tapi kita disebabkan bebanan kerja harus la mengutamakan kerja. Hmm... Hari nie hanya sempat through henpon, esok maybe tak kot and lusa blom tahu lagi.

So apa aktiviti korang? Apa yang korang dah buat? Kerja macam mana? Shopping? Opss pesal ceta pasal shopping nie? Mestila ada sebabnya kan?

Okla daaa.... Dah pukul 2 sehhh..... Jom buat kerja... Ayuh!

Love Lady Wanie

10 April 2011

Masaku sangat padat

Masa aku menaip nie....sebenarnya aku tengah menunggu nasik goreng. Baru je sampai dari negeri aku, Penang.

Yaps setiap minggu aku berjalan kesana sini. Dalam tempoh 2 minggu aku telah ke Melaka, negeri Sembilan, balik ke Penang dan teman kawan ke Perlis. See banyak tempat kan aku pegi jalan-jalan.

Jadinya akan mengambil masa yang banyak sementara aku bleh untuk hapdet kan blog. Huhu....

Love Lady Wanie

07 April 2011

Geng Jahat Meronggeng Rokiah ~ Day 1

Plan nie dah lama kami rancang, rasanya since balik dari meronggeng di Penang hari tuh. Dengan paksaan kami dah mintak Akma untuk mai ke Kl pulak. Okay ape, nie turn Akma untuk kesini. Hihi! Maka dengan itu, aku dan Nek Rock dah berhempas pulak la weyy untuk menyambut VIP ( nie Nek Rock yang bagi nama ok!)

Hari Khamis aku dah amek cuti, bukan apa aku baru balik dari Melaka hari Rabu, rasa badan sangat sakit. So me decided to took an one day leave. (sori ceta pasal Melaka aku blom review lagi, andaikata nak baca dulu leh melawat my best buddy nye blog, Cik Wan) Apalagi hari Khamis tuh aku bertungkus lumus la mengemas rumah, walaupun takde la kemas sangat pon. Bak komen Nuna Tana tuh, sama je. Hihi! Suko ati den la kak oiii..... I kemas guest room untuk VIP dulu :) and I kemas dapur sikit n cuci bilik air. Bukan rumah baru kan, so takdela nak tuko tetiba jadi kondo mewah plak kot...Hihi!

Malamnye Nek Rock a.k.a Azwa datang rumah...Mm..kami nie pantang jumpa...mesti akan bersembang panjang (poyos setiap minggu jumpa benonye) dan tido lewat la malam tuh (oppsss...harap maklum yer kami takde masa nak ceta pasal orang len and talk bad bout others. jangan perasan!).

Pepagi lagi...sama je cam orang nak masuk keje, kami gi amek Akma kat LCCT. Mata dua-dua orang pon kuyu je, still mamai nak nengok jalan. Tapi sangat bersemangat okay nak jumpa kawan lama, nak bergosip pasal orang, yang pasti takde masa nak kutuk orang len. Apekehalnye kitorang nie nak hengat pasal orang lain sangat kan??

Lepas amek Akma dan that time baru jam 8.30 lebey2, so aku ajak depa bekpes kat Restoran Kak Mah dekat ujung Putrajaya tuh. Makan nasik kerabu. Sedap wo..tambah-tambah ayam gorengnya. Yang pasti orang yang datang tak putus-putus la. Sentiasa ada orang. Hebat.

Cantik kan kaler nasik tuh...biru-kebiruan

Berselera tak korang?

Azwa dengan pandangan jauh nye...mesti pikir...nak kemana ek pas nie?
Oleh sebab awal lagi, Azwa pon bawak le kete pelan-pelan, bukan apa...nak pegi ukur jalan pon. Tengok la baru jam bape kan? Orang pon tak sempat nak menguap dah suruh bukak kedai. Yela macam dah nak masuk keje awalnya. Azwa pon drive la menghala ke Pusat Bandar Kuala Lumpur (nama pon bawak tourist so ayat kena ala2 tourist guide jugak). Pikir punya pikir, nak bawak kemana lah si Akma nie, dia pon jenis slalu datang Kl jugak. Adus, fonin mummy nak pikir nak oiii... "Apakata kita pi muzium ja?" Yela kita buat activity len dari yang lain... Haha! Azwa jawab "No way, hangpa dorang masuk..aku tunggu dalam keta". Akma bagi idea lagi best..."Hangpa dua orang ingat aku mai KL nie nak buat folio Sejarah kaa???" Hahaha...tak leh blah jawapannya.... Last2 decide nak ke area Bukit Bintang aje, sebab Akma nak beli kasut lain (dia pakai high heel hari tuh :) ) and aku pon nak beli kasut jugak (sebab aku dah pakai elok je ari tuh..tup..tup..kat kaki, pakai selipar toilet aje...huhu,terlupa tumpang kete orang..mana nak ada kasut sendiri dlm kete kan?). Ye la tuh kan......niat sebenar memang nak kasut kan?


Destinasi pertama kami ialah Sungei Wang, nak mencari kasut. Huhu, memang awal la kami sampai..kedai pon baru buka cikit-cikit je. So dibawah nie pitcha kami di area Bukit Bintang, Sempat la melawat Fahrenheit and Pavillion. Huhu...beli la apa yang patot...keluar masuk kedai itu and ini....
Pitcha area Bukit Bintang


Selepas kami dah berpoya-poya di Bukit Bintang, cuaca teramatlah panas. Sangat terik. Huhu... Then kami decided untuk ubah haluan jalan-jalan ke Kota Damansara pulak. Nak bawak Akma menyantap ice cream, our favour ice cream. Di Ice Room Kota Damansara, berdepan dengan Giant Kota Damansara. Hmm..sure korang pelik kan sebab asek-asek bab makan aje... Jalan sikit makan... Jalan sikit lagi makan jugak... Hihi! Dah memang niat macam tuh. Akma pon nak try makanan best aje. Jadi tadak hal laa...

So makanan yang paling disyorkan setakat nie : semua ice cream yang ada (my most favour is mango pomelo snow ice), and nasik goreng kampung...cayalah! Mantop

Abes makan, kami pegi Giant kat depan tuh. Aku nak beli vacuum untuk umah, memandangkan ada duit sikit. Tapi tangan yang gatal nie bukan setakat beli vacuum ja, dengan DVD player skali aku rembat. Amacam? Hihi.....Then balik umah...ketiga-tiga trus pengsan...Krohh...Krohh.....zzZZzz...

Dalam pukul 8 camtu Nora dah call kami, FYI Nora join lambat skit, means lepas keje...Sebab dia takleh nak apply cuti. Kami tunggu dia sampai, then trus ke Williams Kelana Jaya untuk menjamah makan malam. Memang nie a part of programme yang kami aturkan untuk Akma.

Semasa sampai disini, sebenarnya ada ceta. Masa aku ngan Azwa pegi melihat menu di papan itam pak cik William yang besaq tuh, Nora dan Akma telah terjumpa dengan satu purse yang jatuh kat situ. Maka dengan baik hatinya, Nora ingin membantu individu itu, sebab semua pengenalan individu tuh ada dalam purse tersebut kecuali nombor telefon dia. Takpela Nora, pas makan kita pegi balai polis. Ok? Maka dengan itu, kami pon menyantap la sepuas hati... sedap woooo...! Kami order Seafood Carbonara, Mozarella Pizza (kot!), Soda Herb (puas!), Ice blended ribena and teh O ais (nie Nora la yang nak..). Dari segi portion and price memang sangat berbaloi...pergghh...kenyang and sedap! Jangan lupa ye nak kesana, nie kali ketiga dah aku kesana since aku jumpa location pak cik William nie.

See....sedap kan makanan diatas?? Jangan meleleh air liur ok?
After makan, I drived back to Balai Polis Kelana Jaya, untuk pass back and lodge a report la...Tapi sekejap je, takyah lodge a report. Just tinggalkan nama, ic num and oso contact num. Itu aje. Sebab malam masih muda, that time kul 10.30 lebey kot, kami terus menghala ke Uptown Kota Damansara. Konon nak mencari DVD (yela kan aku dah beli DVD Player baru, nak wat tayangan amal la malam tu). Semasa tengah berborak sakan dalam keta, entah macammana aku bleh tertanya pasal salinan IC Nora masa kat balai polis. Dengan perasaan gelabahnya Nora menyelongkar handbag dia...Uwaaa...IC dia takde. SAH la nie tertinggal kat balai polis...Hahahaha...! Niat baik dah ada cuma terlalu baik la pulak, kena pusing ke balai polis semula. Tambah lawak, sekejap pastu polis tadi trus kol Nora, cakap IC dia ada kat sana. Namun memandangkan dah dekat ngan Uptown, maka kami pon decide untuk pusing-pusing cari DVD dlu. And suprisingly penjual DVD yang dicari tuh pon tak jumpa...Uwaaa! Macamana nak tengok midnite movie nie.

Dengan penuh kehampaan, kami pon menghala kembali ke Kelana Jaya untuk mendapatkan semula IC Nora. Huhu! Untuk hilangkan dahaga yang takde la dahaga sangat, kami pegi supper di Restoran Fariz Maju Kelana Jaya. Yeahhhh! Roti tisu satu Aney!
Muka kekenyangan dan kepoyoan dikala malam menjelma....!
Maka dengan itu, berakhirlah perjalanan hari pertama kami. Huhu, semua menda aku nak ceta sampaikan rasa dah jadi sangat panjang karangan aku nie. Harapnya hangpa semua tak boring lah nak baca yer? =)
Love Always from Lady Wanie



05 April 2011

Kalo Tak Meletup Saja Sangat.....

Nway thanks to Nuna Tana sebab bagi this idea to me.. =) Kesahnya bermula bila dia tido kat umah then dia tengok hp2 lama aku bersusun atas meja makan kat umah. Yer aku letak ctu sebab ari tuh masa dapat hp baru aku kuarkan semua hp2 tuh dari dalam henbag aku..Iyer time tuh ada 3 hp yang aku usung hari-hari tanpa sebab. Hahaha.... Dan mak cik nie dah quiry kenapa henpon buruk aku nih banyak sangat. Kak...suko ati den laa....Hahahaha!

Sebab apa? Kalo dalam bahasa mudah nie, aku sangat suka simpan barang buruk. Barang buruk yang dekat ngan ati aku la  >_< Iyer barang-barang buruk nie ada ceta masing-masing. Selain henpon, aku ada simpan surat-surat lama..bukan surat cinta yer...(opsss fokus fokus...ceta pasal henpon dulu)

1) Nokia 33SEKUPANG (3310)
Nie la henpon pertama aku, masa tuh tahun 2002. Aku daftar matriks nun di hujung Mesia. Oleh sebab aku dapat mak yang sangat penyayang dan selalu berkorban untuk anak dara manja dia nie (walaupon anak sulung tapi aku "spoiled daughter"). Masa mak aku nak balik, dia bagi henpon 3310 dia nie kat aku. Sebab takot mana tau aku ada masalah apa ke...leh tepon rumah. Maklumlah diperantauan kan? Siap dengan line yer sayang....Celcom that time. Dia? Mestilah tadak henpon, dah bagi kat anak dia kan?

Aku pakai Nokia 3310 yang bleh baling anjing pon mampos nih sangat lama yer, kalo tak silap sampai abes semester kedua di Uni.

Nokia 3310 nie sebenarnya mengumpul berjuta kenangan..isk...den takleh nak lupo laaahaaiii.....Aku penah kena marah ngan mak sebab bil melambung-lambung macam tsunami pon ada...Hihi! Nak wat camne kan time tuh sindrom kegatalan kan? Dengan henpon nie jugak, taik telinga aku semua mencair laa sebab bergayut macam......sepanjang malam dan sepanjang hari. Rasanya kalo tulih pasal setiap cetanye,mm... menulis novel jugak la aku dibuatnya. Hihi! Dont worry ceta2 tuh pasal akan dikongsi, cuma hangpa nie kena pandai relate kan setiap ceta laa... Ada mampu ker??

Lepas tuh aku tukar henpon, tapi Nokia 33sekupang nie bukan aku trade in yer. Tapi aku bagi kat pak aku, lepas tuh diwarisi ke adik aku pulak. Hah..berapa keturunan tuh? Konklusi henpon nie = Tidak dijual.

2) Nokia jugak... jenis taktau

Nie la henpon kesayangan saya...yang bleh tuko2 kaler....oren ada...biru ada...itam pon ada jugak!

Henpon nie lagi la simpan sentimental value kat aku. Sangat-sangat ye. Aku memang mengidam nak pakai henpon yang screen dia ada warna-warna, tambah-tambah boley MMS gitu. Ha la nak dibandingkan dengan Nokia 33sekupang..screen pon itam putih. Aku nak mintak kat mak pak aku tak berani, nak beli dengan duit PTPTN...dapat loan pon seciput jaa...relatekan kedua-dua = aku takut mak pak aku marah sebab depa la support aku belajar. Hah tak padan dengan belajaq nak gedikz pakai henpon canggih..tak sedar diri...(walawey fokus to one subject dah laaaa).

Untuk dapatkan  henpon kaler-kaler nie, aku kena carik jalan la macam mana nak beli kan. So masa cuti Semester 2 nak masok 3, aku ikot kawan-kawan aku pi keja kilang. Sebagai minah kilang ye, bukan eksekutif. Seb bek dapat keja. Bulan pertama tuh siang malam aku keja, dah la 12 jam pulak tuh. Yang penting masyukkk kan? Kan?

So bila dah ujung bulan, aku tarik mak pak aku pi beli henpon baru. Bulan pertama keja. Harga henpon nie masa aku beli tahun 2004, RM 700.00. Habes gaji aku kat situ. So mana tak aku cakap henpon nie sangat sentimental value tau. Sayang sangat sebab nie la keringat pertama aku.

Jadinya dapat henpon yang bleh MMS, amek gambar walapun blur blur, rakam sora katak sendiri, boleh GigiBiru. ..kira okla tuh....opsss...dengaq radio ( nie requirement penting yang aku bagi kat SA time tuh ). Henpon nie pon aku pakai sangattttt lama tau. Sampai aku dapat keja sekarang nie...aku tukar masa bulan Mac 2008 kalau tak silap. Pja betul tak? Henpon yang kita beli sama bulan Mac kan? So dari tahun 2004 sehingga 2008, aku guna henpon nie. Lepas tuh masa kursus 3 bulan, ramai sungguh la yang dok mencocok aku ngan Pija untuk tukaq henpon. Uih, ada la pak cik sorang tuh kutuk kaw-kaw noo henpon kami dorang. Takpa...takpa...nak tukar laaaa nieeee..... = MASIH TIDAK DIJUAL

3) Nokia Express Music (Slide) kaler merah hitam
Inilah NEM ku...masih digunakan....
Masa aku beli henpon NEM nie, aku tukar simcard ke hp baru kan? Aku off henpon terus dah takleh idop sampai la nie...Uwaaaaa....dia dah mati! Sampai la nie henpon tuh dok mendiam saja tepi TV umah aku. Henpon aku kecik hati kot? Huhu~~~~

Aku beli NEM nie dekat Plaza Low Yatt, dengan bertemankan beberapa orang, aku ngan Pija pon pergi lah membeli di sana. Beli tunai tau, sebab jimat gaji bulan tuh. Konon nak capai standard la. Lagipun kami berdua nie tadak kamera, nak amek gambaq apa-apa susah. Banyak menda nak dicapturekan. Fuh memang best la henpon nie walaupun tempoh yang paling singkat aku guna henpon ngok ngek nie....

Kalo hangpa tengok henpon nie sampai skang memang macam barang baru. Mana tak nya aku pakai sampai bulan November 2008 saja. Mac ke Nov, sat je kan? Sebab apa, henpon nie tetiba gila. Aku takleh nak cakap lama dengan orang, asek-asek putus ja. Mak aku dah berleter sebab sembang sat ja...dah takleh contact balik. Dari segi function henpon tuh kalau tadak masalah, memang best. Aku suka kamera dia walaupun 3.2 MP, tapi function dia sangat best. Walaupun dengan henpon nie aku paling sakit ati tapi henpon nie jugak la aku paling sayang sekali. Nie hasil belian aku dengan keringat aku yang kedua. See...sayangnya aku dengan harta benda aku. Hihi!

Sementelah aku sangat frust dengan ke"ngok ngek" kan henpon nie, maka dengan segeranya aku nak mencari henpon yang baru tapi murah dan berfungsi untuk call dan SMS ja. Aku dah fobia sesangat.....Uwaa!

So masa aku bertugas untuk satu event di PWTC, aku dengan bangganya telah membeli satu henpon lagi. Mula-mula dengan niat nak bagi kat pak aku tapi sampai ke sudah nya aku tak bagi pon.... Adus, anak bertuah lagi. Apa dah jadi dengan NEM nie? MASIH TIDAK DIJUAL

4) Samsung taktau apa jenis nya...
Button nya memang keras tapi sangat finger friendly taw! I like...

Nie pulak henpon yang termurah tapi sangat berguna. Walaupun pakat dok kutuk aku dengan henpon nie, tapi kaler screen,ok! Boleh berFB paling sekurang-kurangnya ye kawan-kawan, siap aku leh tengok photo seketul-ketul lagi. Amacam? Dari segi cikai nye memang la pada tahap tertinggi.... Hihi!

Henpon nie sangat kecik, kecik dari tapak tangan la....tapi bila drive, memang best la nak berSMS dengan orang lain. Lajuuuu jaaaa ko.... Disebabkan itu, henpon nie aku pakai dari tahun Nov 2008 sehinggalah Nov 2010. Fuhh, lamanya ko....! Apa saja kutukan orang kat henpon aku nie, aku terima seadanya. Ada ramai yang tanya jenis tak follow new gadgets ka? Kelekut ke? Tak malu kaaa guna henpon nie? Hmm... semua jawapannya TAK KESAH sebab? Sebab aku dah sangat FOBIA. Huhu! Beli henpon mahal2 tapi failed la pulak. Apa yang sebabkan aku tuko henpon len lagi, sebabnya senangnye aku yang GATAL dan x reti nak menyabar. Henpon nie masih boleh digunakan lagi, maybe aku akan guna sebagai support for emergency kaaa kot. Status terkini henpon nie? MASIH TIDAK DIJUAL dan SIHAT WALAFIAT.... Haha!

5) Panasonic Version Sonic The Hedgehog (ntah betul ke tak ejaannya...)


Koleksi Flip pertama aku... Hihi!


Nie antara henpon yang paling satttttttttt aku guna. Hasil kegedikan dan kegatalan kepala hotak aku dan tangan aku...Hihi! Nie memang secara sangat tidak sengaja, bila aku pi menemankan Kak Nai membeli henpon cikai on behalf our boss. Hah, tetiba aku nengok ada henpon yang nak diclearkan stocknya. So takde la mahal sangat.

Setelah aku meneliti function henpon nie, not soo bad laa...dan Kak Nai pon membuat ati aku gundah gulana, maka dengan senang hatinya aku membeli. Nie henpon yang terpaling sekejap ar aku pakai... Sebab aku memang dah ada target in 2011 aku nak tuko henpon...maybe BB ke HTC ke iPhone kaaa... not to sure lagi laa....tapi semua tuh after aku balik dari Singapore la...Bajet la wey.... Ahaksss!

Apa dah jadi dengan henpon nie? Ada pengganti ka lepas dia? Hahaha.....Sah! Ada pengganti baru. ** wink wink... Malu lak aku nak ngaku (awat poyos nie?) = henpon nie MASIH TIDAK DIJUAL

Agak-agaknye? Weh, apa main agak-agak....orang lain kan dah tahu ko nie pakai henpon apa sekarang... Hihi! Matlamat tahun 2011 aku iaitu nak tuko henpon dah tercapai...after aku wat review la antara henpon-henpon yang aku minat. Kalo hangpa teringin nak aku bantu dalam wat pemilihan, apakata hangpa emel jaa kat aku...aku tolong jadi SA laa kot....Hihi! Aku dah dapat iPhone 4 yang diidami tuh. ;) :) rasa macam nak senyum ja tiap masa ( kot ya pon jangan la dok perasan sangat, orang len lagi awal pakai).

Hangpa macammana? Masih simpan ka henpon-henpon lama hangpa? Ka dah trade in? Apakata hangpa pon buat Kronologi Kisah Henpon hangpa...nanti jangan lupa pulak nak kongsi a.k.a bagi link hangpa kat aku. Aku nak baca jugakkk..... :)


Love Lady Wanie






sambung



The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...