20 July 2011

Jumaat @ Sunway Pyramid

THE SMURFS

Bila tengok picture diatas nie, aku dah mengimbau zaman kecik aku. Kartun THE SMURFS is one of my favourite la kiranya. Selain dari, THUNDER CAT. Sapa suka lagi ye? Rasanya next month ada movie THE SMURFS 3D ditayangkan. Jom nonton yuk! Hmm, mau ajak sapa ye? Maybe adik la kot. Mendalah kecik nie sangat comel. Menunjukkan kesukaan aku, dalam iPhone I pon I ada donlod games The Smurfs, ala macam Farmville gitu.

Sebenarnya Da (cousin aku) ajak nonton wayang cete Harry Potter 7 : The Deathly Hollow Part 2. Dia memang peminat HP nie. Aku? Aku layan je semua ceta, dalam 7 series nie...ada la 4 je aku sempat ngikut. Tu pun just through movie download aje. Kantoi! Ahaks. Nie kira 1st time aku layan HP kat wayang. Hua hua hua! Camne perasaan? Sure ketinggalan? Takla...Hahaha! Mestila cepat nak cover. =)





Memandangkan waktu dah tengahari & perot memasing sedang bergendang & tiket wayang telah dibeli & ada lagi 15 minit sebelum wayang start, maka fussshhhhh.... dah diri depan A&W kami berdua. One set share dua orang ye. Konon nak tukar ke saiz ayam yang kecik, cisss rupanya teramek yang besar. Sorry Da! Anyway tenkiu sebab banje. Selalu cam tu kan? Makan pon laju tahap bullet train, sebab nak line up beli pop corn lagi. Huhu! Tamak kan? Tapi pop corn karamel yang panas-panas lagi sangat sedap!








Tiket wayang, rasa lagi best kot layan 3D. Banyak babak khas untuk 3D.

Picture kat bawah plak after layan wayang & jalan-jalan searching for a place untuk santapan tengahari + petang + malam. =) Huhu! Saya memang tak suka minum fresh milk + fresh yogurt. Tapi di excuse kan untuk TUTTI FRUITTI, fresh frozen yogurt ice-cream. Saya memang gilakan ini. Rasanya kena belajar wat sendiri la sebab MAHAL ok nak makan selalu. RM0.53/10 grms. 100grms kan dah RM5.30. Vanila & Choc memang the best la.... Selalunya saya amek 3 perasa. Vanila & Choc = wajib. Satu lagi maybe Strawberry ke Red Velvet ke Mango ke....so and so la =)

Always choose this cup!

Hopefully next time leh jejalan lagi dengan pakai seragam opis gitu! =)

Love,
Wanie

17 July 2011

Strawberry Kegemaran

Strawberry

Buah strawberry merupakan buah kegeraman ops kegemaran aku since dari kecik lagi. Ntah nape, tapi aku sangat suka makan strawberry, yang fresh je yang. Maksudnya bukan jeruk atau dikeringkan... Ataupun dah berair sebab dah sehari dua kan? Yang jenis itu aku sangat tidak lalu untuk ditelan,ok.

Aku sukakan strawberry yang still dalam bentuk yang sama. Gebu dan chomel. Hiks hiks! Sebekas buah nie aku beli kat Jaya Grocer, siap dah dipotong lagi. Sebekas yang banyak nie just RM2.50 only. Murah kan? Banyak la jugak sampai aku rasa nak muntah pink la gamaknya.

Khasiat Strawberry
  1. Strawberry yang kandungan lemaknya rendah, kolesterol rendah dan serat yang tinggi membuat strawberry sangat baik untuk mereka yang menderita diabetes atau ingin menurunkan berat badan.
  2. Strawberry sebagai penghalang tumbuhnya sel kanser dalam tubuh.
  3. Strawberry juga menghalang gejala stroke.
  4. Strawverry terdapat kandungan zat yang anti alergi dan anti radang.
  5. Strawberry yand dimakan secara teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah, bersih dan berkhasiat utk anti penuaan.
  6. Strawberry mempunyai rasa manis ternyata memberi manfaat besar buat tubuh. Terdapat kandungan vitamin A, C, B, Kalsium, Postat, dan Magnesium yang cukup besar yang dapat berguna utk tubuh.

Love,
Wanie

Fullhouse, Sunway Pyramid

Me in nice working outfit...Hahaha!

Takde sapa nak bantu kan? =(

Yang penting rasanya ada PEPPERMINT + CHOC!

Gaya kegemaranku! =) (See...baju kurung okay!)

My cousin tunjuk tanda BEST & surely sedap! Dia nye food gak yang sedap. Alfredo's Pasta.

Mine! Adik-beradik chicken chop. Uols takyah try la yang ini, sos tak sedap and breadcrumb pon Huhu!

Hi! My name is TRACY

Their's Menu

No. 143 is my food = PLZ DONT TRY!

Nice deco! Rasa tenang je =)

His name is THOMAS! Say Hi!

Ada kete Mini Cooper gitu

Dah lama aku dok lalu depan restoran nie, nak masuk makan, cam takott je. Ye la, interior nye pon nampak cam fine dining kan? Dah berpuluh2 kali rasanya aku just mengusha dari luar aja. One thing lagi, taktahu halal ke tak. Tapi setelah aku baca review others dari a few Malays blog, aku pon ajak cousin aku untuk santap disini.

Sebelum masuk, korang usha la dulu Menu kat pintu masuk. Kot ye pun nak try, apakata korang berkenalan ngan buku menu kat depan tu dulu. Kan? Ye la kang senarai makanan kat situ tak menepati citarasa korang ke kan? Muntoh ijo lak korang.

Owh lupa lak nak kenalkan nama restoran nie, namanya FULLHOUSE. Korang leh tengok restorannya berwarna putih dan bersih. Yang penting sesangat korang usha dulu menu, kang dah duduk nyesal lak takde hidangan nasik. Kan? Hua Hua Hua! Dari segi pricey, ok la. Takde la mahal sesangat, kalo korang mampu nak makan Pizza Hut, ala takkan nak makan nie kurang kot?

So anybody yang dah tertarik, apa kata korang ke sana la. Rasanya banyak guna makanan untuk Hi-Tea. Next time nak try lagi la. Adios!


Love,
Wanie

13 July 2011

Kuih Raya Tahun 2011

Salam uols,

Dah kenyang ker? Yela baru abes lunch time kan? Opss kantoi. Aku wat keje lain selain wat keje hakiki. Hiks... Hiks.... Sebenarnya idea nak masukkan entry nie datang bila, sahabat aku yang isterinya iaitu sahabat aku juga mengandung dan akan melahirkan baby next month mintak aku carikan TART NENAS yang sedap. Aduh! Susah sikit yang. Next month baru pengedar2 kuih berpusu-pusu menjual kuih raya memasing... Kalau ade pon, mahal tahap azab la jugak. Huhu, pesal la aku tak reti nak wat tart nenas GULUNG? Aku just reti wat tart nenas berbunga je.... Dimana jem tuh pon aku wat sendiri. =) So ada sesapa tak yang leh suggest kat aku nak carik tart nenas yg sedap area Subang dalam tempoh minggu ni je...leh tak?? please...please... ( *_* ) ( *_* )

Memandangkan aku tengah mengGoogle resipi nie, aku pon survey la blog orang lain yang wat kuih ke, share resipi ke, or jual kuih raya tunjuk-tunjuk ke.... Korang camne tahun nie? Wat sendiri ke main tunjuk-tunjuk je? Aku dah berazam untuk buat sendiri semua kuih tahun nie, hiks hiks! Ops, tipu je. Aku dah order kuih kegemaran aku, Samprit. Hahahahaha! Hmmm. setakat nie memang nak wat sendiri la. Cam tahun lepas separuhnya aku wat sendiri, amek resipi BAPAK aku. Yes, pak aku sangat pandai memasak, kalau time raya for sure dia yang akan buat kuih raya, kek buah n oso main course dipagi raya.

Kalau korang rasa nak order kuih ke or amek resipi ke... korang cuba la belek blog yang aku always reviews for myself before masak something. Mana tau give uols ideas untuk wat sesuatu yang menarik for hari raya tahun nie. Kan? All the best yang...........!

- banyak gila kuih raya yang dia amek untuk tempahan. So kalau korang kurang rajin, silalah layari blog dia untuk tempahan.

- my reference untuk masak sesuatu dan kalo aku rajin aku akan stadi through this blog. Sebab dia ajar macam2 basic dalam masakan. Do surf ok!

- Nie lagu satu reference blog untuk aku wat sesuatu masakan, aku tringin sangat nak wat roti macam dia. Tapi seru sampai skang tak sampai2. Ahaks!

Anyway, korang layan la dulu blog2 nie ek....Aku sempat terjah blog2 nie je setakat waktu kerja..... Kui Kuih!


Love,
Wanie

11 July 2011

Roti Jala Pink Velvet

Seperti yang aku bilang dalam entry lepas yang aku nak wat Roti Jala, YES aku dah berjaya untuk buat. Thanks to recipe yang di Google, oso TQ to myself sebab mampu kan nak wat roti jala sendiri! It was my 1st time ever, make my own roti Jala. Sure korang gelak bahak2 kan? Ek eleh senang je, poyos kan? Hmm, tak kesah la cos even Im a single person, I proved to myself that I can cooked. Yeee haaa!

Instead of KUNING, aku gunakan RED a.k.a PINK. Nice kan? Diff sikit dari orang len, so pas nie kalo ade roti jalan kaler PINK camni. Diorang dah amek hak cipta aku gamaknya (aku xpenah nampak lagi ye kaler merah/pink ni dipasaran).

Apa bahan2 nye yer? Aku guna 2 cawan TEPUNG GANDUM + 1 cawan SUSU CAIR/SANTAN + 1 cwn AIR + 2 biji TELUR + 2 camca MENTEGA + 1 sudu kecik GARAM sesedap rasa korang. Blendkan sampai halus. Then tapis dulu adunan. Sebab nanti kot2 bahan-bahan yang xhancur akan sumbatkan lubang acuan itu. Hmm, then pepandai la korang nak imbangkan tahap keCAIRan bancuhan tersebut. Ok.

Nape JALA itu BESAR2 a.k.a KASAR2?? Sebab kalau zaman dulu guna acuan BESI, memang jala tuh akan jadi halus dan cantik. Tapi kan zaman skang acu nye lubang tuh BESAR, maka kembangnye berganda la. Yang penting OK la ditekak aku, yang dihidang bersama KARI AYAM + KENTANG. Yummy!!


Bancuhan tepung berwarna PINK


Tak cantik tapi ada corak ROSE


Asalkan jadi, sedap dimata dan tekak


Selepas digulung, tak sabar nak makan....Nyum3!
p/s : Resipi untuk orang bujang.


Love,
Wanie

Serai, Empire Again & Again (selagi blom montah!)

Jumaat last week menjadi hari lepak sedunia sekali lagi untuk Me & my two cousins, Fariza & Nadia. Dari 3 generasi ye bak kata Fariza. Haha! Sorry Da, I ulangkan aje. Seperti biasa, kalau melepak kat Empire, tempat makan mana lagi kan? For sure Serai la. Nak muntah tak? TAK. Sebab SEDAP!

Aku yang lama meninggalkan dunia blog sementara waktu nie, sangat jakun ok! Pic makanan aku sendiri tak amek. Hampeh! Sedang sangat sedap! Yummylicious! Nyum nyum nyum!

For me aku order, Honeydew Blast & Sar Hang Yin Yong (damn so nice! YOU MUST TRY!), Fariza order Nasi Kerabu & Hot Latte and my Nadia order Tom Yam Noodle & Hot Choc & Selasih Syrup.

For those yang masih belum mencuba lagi makan kat cni, meh laa...sedap! Leh baca entry aku yang sebelum2 nie. Ada ceta pasal makanan lain jugak.

Nadia wit my Honeydew Blast & her Tom Yam & Selasih Syrup

Nadia's Hot Choc

Fariza's Nasi Kerabu

Love,
Wanie

10 July 2011

Budak Perasan Cun!



Muka cun la kononnya....





Korang layan la pitcha Budak Perasan Cun yang bernama Annisa Humaira nie... Perasan gojes la pulak skang nie! Hahaha! Budak yang baru leh jalan nie memang sangat camera alert laaa...Pantang orang hala kamera ke muka dia, mesti dia akan membuntangkan mata dia yang bulat tuh. Yela ye la, u memang chomey ye sampai ahkak (bukan makcik ye, sori!) rasa nak GEGET!

Love,
Wanie

Black Canyon Coffee @ JJ Bukit Tinggi




Setelah melewati perintah berkurung hari Sabtu (09.07.2011), maka Ahadnya, setelah memastikan suasana aman dan damai. Aku ngan Azwa dengan perasaan tidak sanggup lagi telah wat keputusan untuk keluar dari rumah. Ek eleh, dah macam teruk la duduk umah satu hari je. Msg2 Nora, ajak dia lepak sekali. Dia agree. So bermulalah journey kami ke JJ Bukit Tinggi. Dengan misi nak mencari kasut yang baru (yer! misi yang sangat berjaya laaaa....)

1st sekali kami beratur untuk membeli tiket wayang, mmm...penat gak berfikir. Nak layan Transformer, masih full house okay! Sampai ke tengah malam. Maka kami bertiga pon pilih Sekali Lagi. Baca review people, cam okay je cete nie. Filem nie combines Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Mia Sara, Bront Palarae and others. Not bad la ceta tuh. So sesapa yang suka cete yang sangat ringan nie. Ayuh dong! Nonton ya.

Poster Sekali Lagi


Pas dah layan wayang, perut kami pon mula la berlagu rock keras. Ahaks! Kami bertiga pon menghala ke Black Canyon Coffee yang aku taip memula is Grand Canyon. Silap la, eksaited punya pasal. :-) Nie kali ketiga aku ke JJ Bkt Tinggi. 1st time ngan Lantern (dak opis aku) and 2nd time wit Tana and Wina. Jarang2 nak kesini sebab agak jauh la wey. Mengenangkan kat JJ nie takde masalah tmpt parking sebab kwsan yang luas. So aku pilih ar.

Yang lain, korang layan pitcha aje la ek.....


With my 2 friends : Azwa & Nora (single and A)

Baca Terms No.22 tuh... Hmmm..!

Me with my drink. Nama ape? Sori always lupa bila dapat makanan
Air = Us. As usual aku tak amek tau nama ape.
Nora  with her food! Eksaited!
Me & Nora's food! Nama as usual tak amek tahu. Next time I'll do my work properly.

Love,
Wanie

07 July 2011

Red Velvet III





Enjoy the pictures only!

Red Velvet II

Again, how to make Red Velvet Cake on your own? Senang aje. Now kan dah ade dijual TEPUNG RV. Murah and affordable. For the 1st time, semalam aku try wat after sangat eksaited amek tepung tuh dari Illiyana Hani. Tokey tepung. Thanks to Allah sebab kenalkan kami.

Korang jangan ingat once dapat tepung tuh, leh campur2 dengan air and bake it. Sorry dear, it is not soooo easy for people yang mim lam sin. Hiks Hiks! Its just a tepung and you people, kena la baca CARA-CARA tuh dengan LOUD AND CLEAR. Hahaha!

How to bake it after you get the flour?

1) Korang kena wat BUTTERMILK dulu. Apa tuh buttermilk? Sebenarnya aku pon taktau gak. Tapi aku dah stadi awal-awal lagi resepi2 lain RV nie, so dah tau. FULL CREAM MILK (satu cawan) + satu sudu besar PERAHAN LEMON. Then perapkan for 15 minutes, meanwhile........

2) Opss, guna CAWAN YG SAMA untuk sukat semua ingredients. Sesambil tuh, panaskan OVEN to 170 ye... Lain, amek 2 sudu besar COCOA POWDER + 1 sudu besar (for me) SERBUK PEWARNA MERAH MENYALA (I guna kaler nie aje, but it turns to nice color). Yeah! Put aside la campuran nie.

3) Sambung lagi keje kita... In the mixing bowl, campurkan 1 CAWAN BUTTER + 1 sudu kecik GARAM (agak2 la ye) -- PUKUL sampai kembang. Then masukkan 3 BIJIK TELUR AYAM yang dibasuh (penting kan kita makan mende bersih je), masuk satu persatu sambil whisk.

4) Dah agak sebati, masukkan pulak campuran COCOA + 1 sudu kecik ESEN VANILA tuh. Pukul dengan lembut bagi sebati. Pastu masukkan mende terpenting iaitu BUTTERMILK + TEPUNG RV. Selang seli ye. pukul lagi until uols nampak adunan tuh sangat mengghairahkan!

5) Sebelum nak akhiri pukulan tuh, guna small cup untuk wat bancuhan 1 sudu kecik SODA BIKARBONAT + 1 sudu kecik CUKA. Campuran nie akan berbuih, so cecepat kacau dalam adunan tu ye. Wangi dan sangat tidak sabar untuk masuk dalam oven. Bakar 40 plus +/- 10 minit lagi.

Amacam korang? Dah meleleh air liur tak? Aku nye kek dah HABES. Ada kerak2 kek je kat umah. Balik nanti ratah itu aje la :-)
Semua resepi diatas insya Allah tak silap walaupun aku COPY dari INGATAN aku aje. Aku dah hafal sebab over suka tau!

Ape? Camne ngan topping plak? Aku beli tepung tuh, dia bagi sekali resepi untuk kek and topping. Tapi aku tak guna resepi topping tu. Nak kurangkan kos la kononnya... Ahaks!

1) Aku guna 250 gm CREAM CHEESE jenama TARTURA + 80 gm GULA AISING and mix until lembut dan gebu ye. Pastu tambahkan 1 sudu kecik ESEN VANILA + 180 ml WHIPPING CREAM. Whisk again until betul2 lembut dan GEBU! Halus la kiranya. Done!

2) Decorate it by urself! Taste it!

Selamat mencuba!

Love,
Wanie

06 July 2011

Red Velvet Cake

2 hari lepas semasa aku melayan FACEBOOK, aku nampak nama kawan aku ditagged kat pix Tepung Red Velvet. Hohoho! Aku sangat sensitif ok dengan nama RED VELVET nie. Mana taknya, ari tuh sebab dah terlalu teringin nak makan kek tuh, aku dah beli cupcake red velvet kecik yang berharga sebijik RM4.50. Mahal kan? Satu perangai aku, kalau aku suka makanan tuh aku akan cuba untuk buat sendiri.

1) karipap kentang - DONE
2) karipap sardin - DONE
3) nasi kerabu kelantan - DONE
4) yogurt cheese cake - DONE
5) nasi ayam - DONE
6) nasi lemak - DONE
7) muffin - DONE
8) blueberry butter cake - DONE
9) masak lemak - DONE
10) roti jala dengan kari ayam - BELUM. this week rasanya.... Huhu!

Memang la semua menda nie senang kan nak buat? Bagi budak asrama macam aku nie, bila abadnya aku nak belajar masak... Kalau la skang nie aku dok ngan famili, for sure aku takkan reti masak sampai bebila. Asek2 keje numis je, xpun kupas bawang je.

So kepada penggemar Red Velvet Cake, aku advicekan korang untuk membeli tepung khas untuk wat kek nie dari Hani Red Velvet ok? Korang leh mesej dia or layan FB dia untuk dapatkan bekalan kek nie. Sangat sedap! dan amat mudah! And my cake dah HABES! Rasa macam nak buat lagi nie....Camne laaaa.....

Red Velvet Cake after done with cream cheese topping!


Muka Pak Chaq yang eksaited ala-ala bzday kek dia.


RV panas-panas.

Love,
Wanie


Dinding

Antara kita ada dinding yang memisahkan
Ingin mendekati namun tidak dapat dirapati
Ada rasa yang ingin dikongsi
Namun tidak sampai untuk digenggami

Hati seakan dilambung gelombang
Saat ingin berbicara apa yang terlindung
Menyulam tutur yang tidak tersambung
Menyatu diri yang telah lama berkabung



Wah for sure korang gempar kan, aku sangat puitis sekarang. Aku memang suka sangat merepek bagai ye. Tapi harapnya korang tahan la mendengar mengarut aku yang lahir dari ati aku nie.


Love,
Wanie

05 July 2011

Aishiteru - Zhivilia Band

Aku sangat menyukai lirik lagu, tak semestinya kita tujukan kepada cinta hati kita saja tapi kepada sapa-sapa yang wujud dalam hati. Bagi aku, dengan pastinya hati aku sangat luas. Aku sangat sayangkan semua individu yang pernah namanya disebut dimulut aku. Tipulah kalau orang itu tidak pernah masuk dalam jiwa dan minda korang kan? Aishiteru = Aku cinta padamu. Mula-mula aku anggap nie lagu budak-budak tapi bila diikuti liriknya, it is a nice song to sing. *wink *wink . So kepada semua yang sayangkan aku, AISHITERU <3 <3 

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Ulang [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Oo.. uoo.. lupakan segala obsesi dan ambisimu

Akhiri semuanya cukup sampai di sini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Ku mohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Ulang [*][**]
Wo wo wo.. a a ai aishiteru



Love,
Wanie

Percaya

Kadang-kadang bila kita jadi manusia yang terlalu out-spoken,
Kita takkan menyedari bila kiranya kita dah lukakan hati orang,

Kadang-kadang bila kita jadi manusia yang terasa selalu betul,
Kita takkan sedar kita dah buat keputusan tanpa menyemak apa yang betul atau salah,

Kadang-kadang bila kita jadi manusia yang bersahabat,
Kita takkan sedar mana hati yang dah tersentuh, mana hati yang dah tercoret,

Sebab,
Kita manusia yang tak pernah sempurna,
Yang selalu memakai topeng untuk melindungi apa yang terjadi,
Untuk tunjuk kita betul dan orang lain salah,
Untuk tunjuk ekspresi kita betul dan orang lain salah,



p/s : aku sangat fobia dengan persahabatan. aku selalu dianggap bersalah dalam certain-certain perkara. yeah! maybe aku yang bersalah tapi hati aku perlukan masa untuk menerima sesuatu apabila ditikam dalam diam. aku yang bersalah sebab tidak pandai bersahabat. andai MAAF dapat membetulkan keadaan, aku mintak maaf. andai MAAF bukan satu kemaafan, aku menyesal!


Love,
Wanie

Macaroons @ Whisk, Empire

Oleh kerana ramai sangat yang menyebut nak makan Macaroons. Dan, kahabarnya Macaroon di Whisk, Empire tuh sedap sangat. Maka aku pon telah pon mencubanya. Sebijik RM2.00 dan ada pelbagai kaler, yang mana pelbagai perasa. Hmm...nak dikomen tak reti la pulak..Sebab aku nie jenis tak makan mende sweet sangat kan?

Owh dimana Empire, ala dekat dengan Subang Parade, depan opis aku je. Hah, kalo kesini jangan lupa pulak nak kabarkan kat aku plak...korang lah blanje ye...!



Perasa Strawberry, Blueberry, Peanut butter and terlupa plak yang biru..

Love,
Wanie

04 July 2011

Pulau Perhentian yang SANGAT DIRINDUI





Last year, aku ngan family members and oso my good friend, Aini dah pegi bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu. Bahagia and heaven uols. :-) One of my favour place is Pulau Perhentian. Sangat sure walaupun aku tak suka berjemur dan tidak reti berenang.

Huhu! Sangat rindu nak kesana lagi. Sapa nak ikottt? Cepat angkat tangan ye. Ayuh dong! Dan jangan lupa banje saya sekali ye. Make sure Pulau Perhentian dalam senarai Cuti-cuti Malaysia anda!

Love,
Wanie

Kenang Daku Dalam Doamu

Sungguh jauh dikau pergi
Berpisah untuk selamanya

Tiada lagi senyum mesra
Dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak terlarat
Sudahlah memang nasib ku dik
Demikian rupa

( korus )
Ku berdoa agar dikau hidup bahgia

Jangan bimbang padaku nan berduka

Tapi dik kau jangan lupa
Kenang daku dalam doamu
Itulah ku pinta dari dulu
Waktu bertemu

( ulang dari korus hingga akhir )


Panduan ke Singapura

Singapura? Argh,rasa macam nak pegi lagi dan lagi dan lagi.... Best siot! Memula we ols tak plan pon nak ke Singapura. Weh, nak ke seberang laut sendirian bukan pilihan terbaeek untuk orang kampung macam aku nie. Ahaks! Tak malu kan nak mengaku. Selalunya kesana sini mesti ikot pakej tapi kali nie nak hentam kromo aje. Thanks to Allah sebab aku nie macam GPS manual. 2 orang partner aku pon tak penah ke Singapura, aku apatah lagi... bertambahlah jakun. But... but...aku nie jenis suka study dulu pasal tempat orang sampai la aku leh over bercerita macam laaa dah penah sampai. Ahaks! Ada perkara korang kena wat la....;

1) stadi betul-betul pasal negara orang. Apa yang korang leh buat and apa yang tidak patot sama sekali. Ingat! Nak masuk negara orang, mestilah hormat budaya dorang lebih dahulu. Itu harus. Jangan riso, korang tak payah nak pegi library segala bagai untuk tahu pasal sesebuah negara. Internet kan ada. Jangan MALAS! Wat itinerary dulu. Lagi banyak korang stadi, lagi untung korang. (memang sangat untung bila balik Mesia, aku demam seminggu). Aku memang sangat berterima kasih dengan pakcik2 SEARCH ENGINE, memang sangat2 membantu menunjukkan arah kepada manusia-manusia budiman yang berkongsi pengalaman. Terutama pakcik PANDUAN WISATA KE SINGAPURA. Superb seh!!!! Aku punya la baca panduan orang ramai nie sampai aku rasa aku dah memang duduk Singapura. Ok! Ok! Aku OVER dalam becerita. Ahakss! Then senarai pendekkan tempat yang korang rasa nak pegi. Bila sampai kat sana perlu buat apa...ok! Penting. Stadi!

2) Sebelum pegi tuh, make sure bawak kelengkapan yang sesuai and bag yang sesuai. Nama pon backpacker kan? Jangan plak korang ngusung beg troli. Tak sesuai dowh! Sangat tidak sesuai, korang bukan dalam AF.Bawak la hiking bag ke...Ok la! Segala ubat2tan jangan dilupakan, macam aku hari ketiga dah demam.Tapi still bleh melompat dengan lebey tinggi (mana tak nya kejakunan aku nie memikirkan duit yang dah dilabur. HARUS ENJOY!). Opss SORI sangat lupa. Baca laporan kaji cuaca ye sayang-sayang sekalian. Time aku pegi sana, musim ujan malu-malu. Maksudnya kejap panas gegila, kejap ujan. Nie faktor utama aku demam selain daripada berjalan kaki bagai nak rak.

Maka dengan itu, baju ujan sekurang2nya dua kena la dibeli siap-siap dari Mesia. Takkan nak bawak payung kot.. Tak rock la uols nie. Selain dari tuh, pandai-pandai la korang bajet bila agaknya matawang Singapura turun, cepat-cepatlah pegi tukor. Dapat murah best siottttt! Shopping macam nak rak tuh! Oppss, tak masuk lagi part shopping.... Huhu!

3) Sesampai je di airport Singapura dan perlu melepasi Pemeriksaan Imigresen dorang, maka aku dah wat muka ala2 syomel dan takot. Iyer, memang aku takot. Mana tau kena halau balik Mesia ke... uih,uih aku dah bayar ok ticket ke Universal Studio. Nanges kalo tak lepas. Pastu dah nama pon percutian bajet, so dengan pusing-pusing bagai...tanya kaunter sana-sini (jangan risau diorang sangat friendly, tambah2 tengok muka tak ketahuan)...korang sure boleh cari KAUNTER UTAMA MRT. Untuk apa? Supaya korang boleh beli pas MRT untuk 3 hari korang di Singapura. Maksudnya gerak sana-sini naik MRT cukup la. Ape? Bape regenya? SING$ 8.00 sehari plus SING $10.00 untuk rege kad. Ok. Worth it! Sebab korang akan turun-naik and turun-naik. Lain la kalau korang naik teksi.....Ops, jangan lupa mintak MAPS MRT daripada pakcik yang jaga kat ctu. Sangat2 membantu, for sure korang tetiba dah bertuko jadi warganegara SING sebab terror la pasal MRT nie.

4) Sebelum ke Singapura, make sure korang dah BOOKED hotel ke ticket masuk ke UNIVERSAL STUDIO. Korang jangan nak perasan cuti diorang sama ngan kita ataupun time korang pegi takde visitor dari negara lain. Semua tuh leh dibeli secara online ye sayang. Yang penting ada kad kredit aje la. Hiks... hiks!

5) Kenalpasti tempat anda akan laburkan segala matawang asing anda! Hahahaha! Locate it clearly before u arrive Singapore. Hahaha! Jahat aku. Aku tau perkara terpenting ialah SOUVENIR kan? Korang lepak kat area BUGIS STREET ngan ARAB STREET pon dah cukup. Banyak seh! Hmm pada pendapat aku, kalau korang jenis manusia yang suka WINDOW SHOPPING masa di Mesia nie, sangat menguntungkan lah. Sebab apa? Sebab korang leh survey, tak semua barang dia murah dari Mesia. Ada banyak yang Mesia murah lagi. Part nie korang jangan segan-segan nak calculate or open korang nye calculator tengah jalan. Ok? Untuk barang branded or high-end product, macam tuh laaa....

6) Jangan BERKIRA sangat masa nak keluarkan duit tuh. Kang sikit-sikit nak convert. Hah, pakai tak hidup la korang kat sana!

7) Sebab korang backpacker, maka korang akan berjalan berbatu-batu. Dan aku dah hilang 4 kilo lebey sebab 3 hari 2 malam punya travel. Best siot!

Maka itu sajalah serba sedikit pesanan penaja. Ahaks! Kalau aku rajin, nanti aku ceta pasal excitement kat sana pulak. Ops, aku tanak janji pape sebab ada banyak lagi post yang aku janji tapi aku pendamkan. Ahaks!

Love,
Wanie



Kisah Dongeng - Stacy

Memandangkan mood aku tengah berpintal-pintal nie, apakata kita layan lagu-lagu yang agak sesuai la. Sure korang pelik kan, pesal la minah nie letak lirik and lagu yang bergenre sangat tidak happy. Eh eh, nak happy letak sendiri la kat blog korang. Ahakss! Sori lawak je. Sebab lagu-lagu macam nie wat masa nie mencerminkan isi hati aku sedikit walaupun tak banyak. Dah, jangan merepek...Layan dulu!


Eh,eh ada lirik sekali la... Ok, ok... Nak jugak letak lirik....

ku sadar ku tak seberapa
jika dibanding mereka
yang jauh lebih megah dari diri ini

apa yang mampu ku berhias
hanyalah hati yang ikhlas
terpendam simpan untuk dia yang sudi

mencintaiku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja

belum pernah ku merasakan
dipeluk dalam dakapan
eratnya melindungi jiwa rapuh ini


sanubariku memerlukan
kehadiran seorang teman

tulus mencurah kasih sepenuh hati

mencintai aku dengan seadanya
mencintai aku bukan kerana rupa
dalam waktu sedu
dalam waktu hiba
ku harapkan dia rela

mencintai aku dengan seadanya
sanggup menerima insan tak sempurna
atau mungkin cinta sebegitu hanya
kisah dongeng saja

The sadness thing in your life

Just a quick update as a reminder to myself Its really hard to accept that life as a fat woman actually. Hahahaha For the 1st time aku merun...